Sunday, September 18, 2011

Privasi Pesakit

Tadi bawa amee (my son) ke klinik. hari ni dah masuk hari ke 3 ponteng sekolah. 2 hari ke kl ikut ayahnya (thats me) jalan2. but the 3rd day sakit perut. apa lagi, ponteng lagi le...

Cuma kat klinik kerajaan (Gunung Rapat Ipoh), terperasan sistem giliran dah berubah. kalau dulu pesakit duduk kat kerusi beramai2 sebelum nombor naik dan dipanggil masuk. skrg pesakit masih duduk kat kerusi tunggu no giliran, tapi kena duduk sorang2 betul2 depan bilik doktor.

kalau org lelaki ok juga. cuba bayangkan kalau pesakit wanita ke, pesakit sopak, berkudis ke duduk depan orang ramai sorang2 tunggu doktor panggil, tak ke malu dibuatnya.

Kepada warga pengurusan klinik kesihatan kerajaan gunung rapat, janganlah ambik mudah hal ini. jangan sekali2 maluikan pesakit2 anda. jagalah sikit privasi dan air muka mereka ye....

salam.

Kem Pengakap

My youngest son (12thn) just attend kem pengakap 3 hari 2 malam di Batu Gajah, Perak. Kemnya dlm kws sekolah tapi mempunyai kws persekitaran yang menarik. Ada tasik tau tepi sekolah (bekas lombong je sebenarnya). My son amat teruja untuk menghadiri kem tu. Malah, semua persiapan ke kem dia sendiri yg prepare kecuali pakaian seragam, dia minta farthernya beli yang baru since uniform lama dah tak padan kerana badannya dah membesar. Teman juga tak perasan, tapi bila lihat dia bermain dengan teman2nya yg lain, baru nampak. Dia among the tallest dlm kelas!.

Mlm kedua, atas permintaanya sempatlah juge melawat beliau ke kem. My son teringin benor nak tunjuk persembahannya. Katanya bermula jam 9.30 mlm. Jam sepuluh baru mula. Tunggu punya tunggu, pukul sebelas pun masih belum dipanggil giliran. My other sons, yg juge dtg melawat dah bising. Masakan tidak, kami belum makan malam. We have no choice but to gave up. Atas izin my youngest son, kami pun sayonara dr majlis.

Anyway, sepulangnya anaknda dr kem, beliau terus tak henti bercerita. According to him, it was his most memorable experiance. Katanya bukan sj dipilih jadi ketua kem sekolah dan lakunan beliau jadi hantu pocong mendapat sambutan gemuruh malah mendapat 2 pucuk love letter dr awek kem bersebelahan begitu mengujakanya. Besar dah anak aku rupenye.

Teman pun fikir aktiviti berkumpulan sebegini memang bagus. Anak2 diajar cara untuk hidup berkerjasama. Dia orang piunya cigku pun begitu koperatif dan komited.

Syabas buat Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah yang mengajurkan aktiviti luar kelas seperti kem seumpama ini.

Kalau ikutkan hati, Teman pun terasa macam nak joint sekali.

Salam.

Halangi Kerosakan Bukit Batu Kapur Ipoh

Salam,

Setiap kali melalui lebuhraya PLUS di Ipoh keindahan Bukit Batu Kapornya amatlah mengkagumkan. Malangnya apabila diamati dengan perinci, majoriti daripada bukit-bukit batu kapor ini adalah sisa kesan tinggalan kuari yang telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu.


Lebih menyedihkan lagi, kini masih terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kuari yang sedang rancak dijalankan dan melihat bukit-bukit ini ditarah dengan rakusnya amat menyedihkan.


Gunung batu kapur yang terdapat di Ipoh adalah proses semula jadi yang memakan masa jutaan tahun. Nilai komersial gunung ini untuk jangka panjang sebenarnya adalah jauh lebih tinggi jika dimenafaatkan bagi tujuan industri pelancongan dan industri hartanah berbanding dengan industri kuari yang memusnahkan itu.


Pembukaan Sunway lagoon yang menjadikan gunung kapur sebagai tarikan di Ipoh dan pembangunan Kondominium Mewah yang dikenali sebagai Heaven yang bernilai jutaan ringgi seunit di Tambun contohnya telah meningkatkan kemasukan pelabur ke daerah ini.


Kehadiran wargaemas dari luar negara dalam Program My Second Home oleh kerajaan Malaysia yang memilih Bandaraya Ipoh sebagai rumah persaraan berdasarkan keindahan alam dan cuacanya juga membuktikan bandaraya Ipoh adalah sebuah destinasi berpotensi untuk di majukan sebagai industri hartanah dan pelancongan di masa hadapan.


Namun kerosakan kekal akibat dari aktiviti kuari telah menghilangkan tarikan utama Bandaraya Ipoh akiabat dari kegelojohan dan ketamakan pengusaha dan tidak perihatinan kerajaan dan penguasa tempatan meluluskan kuari tanpa memikirkan hak generasi hadapan menikmati alam semulajadi anugerah tuhan yang indah ini amatlah dikesalkan.


Berdoa agar lebih-ramai masyarakat dapat menyertai kempen menyelamat bukit batu kapor di Ipoh dan melalui kempen ini diharap dapat mengurang atau menghentikan secara terus bukit-bukit ini dijarah hanya untuk keuntungan yang sedikit.


Nyatakan sokongan anda ke;


Facebook Group Against destruction of Ipoh limestone hills:

http://www.facebook.com/group.php?gid=139107816129906

T.kasih

Friday, June 10, 2011

Tips Kurang Minyak

Ni.... tips yang gua baru dapat dari member gua siang tadi, supervisor stesen minyak petronas Jalan Duta...
Lu orang pun tau kan masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu lu orang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu, gua dengan member supervisor minyak ni agak rapat la jugak... kiranya kamceng gilerrrr.... laaa...

Dan atas dasar kamceng nih... mungkin dia rasa gua lah makhluk yang sesuai agaknya untuk dia berikan tips macamana nak turunkan harga RM1.80 sen kat pam minyak supaya jadi RM1.00 atau RM0.50 atau ikut sukahati lu oranglah nak letak berapa sen...

Pada mulanya gua pun agak cuak jugak beb... memang gua tak percaya... tapi.... hahaha..., dosa lu orang tanggung sendiri ekkkk... tolong bagitau kat malaikat raqib dan atid gua tak bersubahat dengan kerja jahat lu orang ok... hahaha..., caranya...

1. Lu orang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer lu orang boleh setting balik harga kat pam yang lu orang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ke... asalkan jangan pam angin atau NGV sudah la... sendiri mau ingat laaaa...

2. lepas tu... lu orang pergi balik kat pam tadi, dan jangan angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 untuk nombor (bukan untuk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... (kira macam operasi nak isi secara manual punyer harga la.... yang selalunya pam atendan yang akan buat kerja tu...)

4. Lu orang tekan 'clear' - untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. lepas tu... lu orang tekan enter - 3x (pastikan 3 kali saja)

6. Kemudian lu orang tekan '0' , '0', '1', '0', '0' = (1.00 sen seliter) atau lu orang tekan laaaa... berapa pun yang lu orang suka, asalkan jangan takda harga langsung sudah laaaa... kantoi pulak kang...

7. Pastu lu orang tekan enter - 3x sekali lagi (pastikan 3 kali sahaja)

8. Tekan butang clear - 2x (pastikan 2 kali sahaja)

9. Lepas tu lu orang tekan berapa puluh korang nak isi

10. Masa lu orang tengah tekan2 punat2 tu... mesti supervisor petrol pam akan datang jumpa dengan lu orang...

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... takda keje lain ker...!!!!"

so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM1.90 seliter...

HEHEHEHE.... gua pun terkena jugak nih... pasal tu gua lepaskan dendam kesumat gua kat lu orang pulak.... hahahaha.... !!!


Dipetik dari Blog Ikut Suka Aku.

Monday, April 11, 2011

Best To You Along


Along (my elsest son) manage masuk asrama semula selepas kena KICK out last year. He is in form 3 now. The reason dia kena KICK dulu, sebab dapat no 3 tercorot dalam kelas. Bukan itu saja, subject arabicnya tak sampai pun 30 markah. Macam mana pengetuanya tak benggang. Dibuat rayuan pun, bo-layan.

But what i respet to my Along is, dia jadi ulat buku for the past 3 month. Balik sekolah berkurung dalam bilik. He said dia nak buktikan kepada cikgu besarnya yang dia boleh skor. Dia insist pada cikgu besarnya masukan semula dia ke asrama kalau dia capai target.

Walla, last week dia berjaya. Boleh tahan juga dia skor (for note - dulu jangan diharap). Maka al-janji cikgu besarnya dituntut, maka ke asrama juge dia pulang.

But Along, pls remember this. If you do the same thing you did last year yaitu malas study, Abah believe cikgu besar tak teragak-ragak campak you keluar balik dari dorm yang di cintai.

The best to you. My beloved son. From Abah.


Friday, April 1, 2011

Dilema Teman

Kat negeri kito kalau nak makan masakan melayu dikedai ber-lot, usah mimpi le...!. Nak sewa pun kite tak mampu, apa lagi kalau nak beli kedai tu. Jadi apa yang kito mampu makanlah kat gorai-gorai tepi longkang, ops maaf -- tepi jalan. Tapi apa bezanya ye.

Besar mana gaji anda, apapun jawatan anda - kalau nak makan masakan melayu ketepi jalan juga lah anda kena menjamu selera.Itulah hakikatnya.

The best part gerai tepi jalan yang teman notice - lagi besar longkang ditepinya dan lagi kuat aromannya - maka lebih ramailah pelangganya. Kalau anda tak percaya, cuba amati betoi-betoi.

Sipenjual ini pun satu hal, dah tau jalan berhabuk tutup-tutup la sikit makanan tu. Lori balak ke, lori maggi ke malahan lori najis iwk lalu sekali pun, apa habuk yang terbang masuk langsung tak kesah. Tapi yang lebih tak kesah adalah pelanggan itu sendiri. Melantak aje. Janji kenyang sudah.

Bagi teman, ini memang dilema. Takkan nak makan kat kedai mamak je. Tapi mamak ini pun 2 x 5 jugak. Memanglah mamak punya kedai punya display tu tip top. tapi ruangan memasak mereka belum tentu OK...... Dalam jamban pun depa boleh memasak.

Poning teman...