Monday, April 11, 2011

Best To You Along


Along (my elsest son) manage masuk asrama semula selepas kena KICK out last year. He is in form 3 now. The reason dia kena KICK dulu, sebab dapat no 3 tercorot dalam kelas. Bukan itu saja, subject arabicnya tak sampai pun 30 markah. Macam mana pengetuanya tak benggang. Dibuat rayuan pun, bo-layan.

But what i respet to my Along is, dia jadi ulat buku for the past 3 month. Balik sekolah berkurung dalam bilik. He said dia nak buktikan kepada cikgu besarnya yang dia boleh skor. Dia insist pada cikgu besarnya masukan semula dia ke asrama kalau dia capai target.

Walla, last week dia berjaya. Boleh tahan juga dia skor (for note - dulu jangan diharap). Maka al-janji cikgu besarnya dituntut, maka ke asrama juge dia pulang.

But Along, pls remember this. If you do the same thing you did last year yaitu malas study, Abah believe cikgu besar tak teragak-ragak campak you keluar balik dari dorm yang di cintai.

The best to you. My beloved son. From Abah.


Friday, April 1, 2011

Dilema Teman

Kat negeri kito kalau nak makan masakan melayu dikedai ber-lot, usah mimpi le...!. Nak sewa pun kite tak mampu, apa lagi kalau nak beli kedai tu. Jadi apa yang kito mampu makanlah kat gorai-gorai tepi longkang, ops maaf -- tepi jalan. Tapi apa bezanya ye.

Besar mana gaji anda, apapun jawatan anda - kalau nak makan masakan melayu ketepi jalan juga lah anda kena menjamu selera.Itulah hakikatnya.

The best part gerai tepi jalan yang teman notice - lagi besar longkang ditepinya dan lagi kuat aromannya - maka lebih ramailah pelangganya. Kalau anda tak percaya, cuba amati betoi-betoi.

Sipenjual ini pun satu hal, dah tau jalan berhabuk tutup-tutup la sikit makanan tu. Lori balak ke, lori maggi ke malahan lori najis iwk lalu sekali pun, apa habuk yang terbang masuk langsung tak kesah. Tapi yang lebih tak kesah adalah pelanggan itu sendiri. Melantak aje. Janji kenyang sudah.

Bagi teman, ini memang dilema. Takkan nak makan kat kedai mamak je. Tapi mamak ini pun 2 x 5 jugak. Memanglah mamak punya kedai punya display tu tip top. tapi ruangan memasak mereka belum tentu OK...... Dalam jamban pun depa boleh memasak.

Poning teman...