Sunday, September 18, 2011

Privasi Pesakit

Tadi bawa amee (my son) ke klinik. hari ni dah masuk hari ke 3 ponteng sekolah. 2 hari ke kl ikut ayahnya (thats me) jalan2. but the 3rd day sakit perut. apa lagi, ponteng lagi le...

Cuma kat klinik kerajaan (Gunung Rapat Ipoh), terperasan sistem giliran dah berubah. kalau dulu pesakit duduk kat kerusi beramai2 sebelum nombor naik dan dipanggil masuk. skrg pesakit masih duduk kat kerusi tunggu no giliran, tapi kena duduk sorang2 betul2 depan bilik doktor.

kalau org lelaki ok juga. cuba bayangkan kalau pesakit wanita ke, pesakit sopak, berkudis ke duduk depan orang ramai sorang2 tunggu doktor panggil, tak ke malu dibuatnya.

Kepada warga pengurusan klinik kesihatan kerajaan gunung rapat, janganlah ambik mudah hal ini. jangan sekali2 maluikan pesakit2 anda. jagalah sikit privasi dan air muka mereka ye....

salam.

Kem Pengakap

My youngest son (12thn) just attend kem pengakap 3 hari 2 malam di Batu Gajah, Perak. Kemnya dlm kws sekolah tapi mempunyai kws persekitaran yang menarik. Ada tasik tau tepi sekolah (bekas lombong je sebenarnya). My son amat teruja untuk menghadiri kem tu. Malah, semua persiapan ke kem dia sendiri yg prepare kecuali pakaian seragam, dia minta farthernya beli yang baru since uniform lama dah tak padan kerana badannya dah membesar. Teman juga tak perasan, tapi bila lihat dia bermain dengan teman2nya yg lain, baru nampak. Dia among the tallest dlm kelas!.

Mlm kedua, atas permintaanya sempatlah juge melawat beliau ke kem. My son teringin benor nak tunjuk persembahannya. Katanya bermula jam 9.30 mlm. Jam sepuluh baru mula. Tunggu punya tunggu, pukul sebelas pun masih belum dipanggil giliran. My other sons, yg juge dtg melawat dah bising. Masakan tidak, kami belum makan malam. We have no choice but to gave up. Atas izin my youngest son, kami pun sayonara dr majlis.

Anyway, sepulangnya anaknda dr kem, beliau terus tak henti bercerita. According to him, it was his most memorable experiance. Katanya bukan sj dipilih jadi ketua kem sekolah dan lakunan beliau jadi hantu pocong mendapat sambutan gemuruh malah mendapat 2 pucuk love letter dr awek kem bersebelahan begitu mengujakanya. Besar dah anak aku rupenye.

Teman pun fikir aktiviti berkumpulan sebegini memang bagus. Anak2 diajar cara untuk hidup berkerjasama. Dia orang piunya cigku pun begitu koperatif dan komited.

Syabas buat Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah yang mengajurkan aktiviti luar kelas seperti kem seumpama ini.

Kalau ikutkan hati, Teman pun terasa macam nak joint sekali.

Salam.

Halangi Kerosakan Bukit Batu Kapur Ipoh

Salam,

Setiap kali melalui lebuhraya PLUS di Ipoh keindahan Bukit Batu Kapornya amatlah mengkagumkan. Malangnya apabila diamati dengan perinci, majoriti daripada bukit-bukit batu kapor ini adalah sisa kesan tinggalan kuari yang telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu.


Lebih menyedihkan lagi, kini masih terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kuari yang sedang rancak dijalankan dan melihat bukit-bukit ini ditarah dengan rakusnya amat menyedihkan.


Gunung batu kapur yang terdapat di Ipoh adalah proses semula jadi yang memakan masa jutaan tahun. Nilai komersial gunung ini untuk jangka panjang sebenarnya adalah jauh lebih tinggi jika dimenafaatkan bagi tujuan industri pelancongan dan industri hartanah berbanding dengan industri kuari yang memusnahkan itu.


Pembukaan Sunway lagoon yang menjadikan gunung kapur sebagai tarikan di Ipoh dan pembangunan Kondominium Mewah yang dikenali sebagai Heaven yang bernilai jutaan ringgi seunit di Tambun contohnya telah meningkatkan kemasukan pelabur ke daerah ini.


Kehadiran wargaemas dari luar negara dalam Program My Second Home oleh kerajaan Malaysia yang memilih Bandaraya Ipoh sebagai rumah persaraan berdasarkan keindahan alam dan cuacanya juga membuktikan bandaraya Ipoh adalah sebuah destinasi berpotensi untuk di majukan sebagai industri hartanah dan pelancongan di masa hadapan.


Namun kerosakan kekal akibat dari aktiviti kuari telah menghilangkan tarikan utama Bandaraya Ipoh akiabat dari kegelojohan dan ketamakan pengusaha dan tidak perihatinan kerajaan dan penguasa tempatan meluluskan kuari tanpa memikirkan hak generasi hadapan menikmati alam semulajadi anugerah tuhan yang indah ini amatlah dikesalkan.


Berdoa agar lebih-ramai masyarakat dapat menyertai kempen menyelamat bukit batu kapor di Ipoh dan melalui kempen ini diharap dapat mengurang atau menghentikan secara terus bukit-bukit ini dijarah hanya untuk keuntungan yang sedikit.


Nyatakan sokongan anda ke;


Facebook Group Against destruction of Ipoh limestone hills:

http://www.facebook.com/group.php?gid=139107816129906

T.kasih