Sunday, June 23, 2013

Horey... Pesta Jerebu

Musim Jerebu seolah telah menjadi satu pesta tahunan wajib kepada Malaysia dan Singapura kini telah menjangkaui lebih dari 10 tahun walaupun telah wujud lama sebelum ini tetapi tidaklah semeriah ditahun-tahun kebelakangan.

Indonesia selaku tuan rumah, seolah-olah melepas tangan dan enggan meminta maaf kepada tetangganya. Menteri luarnya juga telah menemplak dengan sinis tuduhan Singapura.

Teman tidak hairan dengan kemarahan Indonesia yang sering dituduh tidak bertanggung-jawab kerana majoriti pemilik-pemilik kebun sawit di Indonesia dikatakan adalah milik syarikat Malaysia dan Singapura.

Wilmar International Ltd sebuah syarikat perladangan milik Singapura misalnya memiliki ladang seluas 500K hektar dengan 70% daripada ladangnya berada di Indonesia. Begitu juga dengan Golden Agri juga syarikat milik Singapura yang memiliki 650K hekter ladang. Saiz ladang milik Wilmar sahaja adalah 10 kali ganda dari keluasan Singapura. Bayangkan saiz yang sebegitu besar sudah tentu mereka juga harus dipertanggungjawabkan isu Jerebu ini. Begitu juga dengan syarikat-syarikat Malaysia yang banyak membuka ladang disana.

Inilah kesan pembangunan yang lebih mengutamakan keuntungan daripada keamanan sejagat. Teman tidak
nampak masalah jerebu akan selesai kerana ketamakan manusia. Masalah jerebu hanya selesai agaknya apabila tiada lagi hutan untuk diteroka dan dengan kadar penebangan ini jerebu dijangka akan berlanjutan 20 tahun lagi sehingga hutan-hutan ini pupus.

Horey...

kita semua boleh enjoy berpesta jerebu 20 tahun lagi....

Saturday, June 15, 2013

Sembang angah nak six pack. layan.....

"kekawan ajak pi pool tapi tak beberapa syok nak joint", keluh angah pada teman.

"apa hal pulak. bukan kekawan tu good friend angah", tanya teman.

Rupa-rupanya ramai kekawan my son ini tak reti berenang. Mereka ni seronok main air dan bergurau senda tapi terhad kat kawasan cetek. Lepas tu pulak, cepat jemu dan ajak balik awal.

Minat anak teman pegi berenang ni sebenarnya ada rashia disebalek mee.

Dia nak "six pack body" rupenya.

Lebih tepat lagi "six pack abs". kepada yang tak tahu boleh tengok ini sebelah.

apa macam?. kool kan..

patutlah lepas mandi dok posing cekak pinggang dgn tualanya.

according to my son, sukan renang pun boleh dapat efek yang sama. Sebab tu dia nak ke pool. I see...

Betul juga kata my son.  
 
Ini tak boleh jadi. Bapaknya single pack je. kalau pegi poll boleh  gawat macam kat sebelah ni. hu..hu..hu..  
      
                                                                                     -------------->>>>

 Ini boleh tahan lagi. Cute la juga.





kalau jadi cam ni macam mana pula yek.


<<--------







wa...wa.....wa...

Tak Dengar

Masa angah anak teman di form 1, tak menjawab bila dipanggil memang menyakitkan hati. Kalau kedapur lalu depan kita, dia boleh buat tak tau je terus berjalan dan tak bawa balik apa yang diminta. Alasanya tak dengar abah cakap apa-apa pun.

Begitu juga, kalau sedang menonton tv. Tak usah haraplah dia nak menyahut kalau dipanggil. Kekadang terjerit-jerit kita dibuatnya, baru dia menoleh. Itu pun dia boleh bertanya dengan terkejut. “ada apa abah”.

Hai, geramnya. Boleh penampar singgah kat muka anak aku ni kalau ikutkan hati. sabar..sabar..sabar.

Namun bila difikir baik-baik ada yang tak kena dengan anak aku ni kot. Entah-entah dia ada masalah pendengaran. Sayangkan anak, teman bawa jumpa doktor specialist ENT- Telinga Dan Tekak.

Keputusannya negetif. Pendengarannya tip-top kata doktor. Tapi teman tak puas hati. Mesti doktor punya mesin tak calibrate ni. Teman desak diadakan re-test. Doktor mengeleng kepala tengok kerenah teman. Agaknya malas didesak, tuan doktor setuju dengan teman.

Dibuatnya test kedua. Keputusannya tetap sama -negetif. Kata doktor, mesin dia tak ade masalah, begitu juga dengan telinga anak teman. Sebagai bapak, sudah pasti teman gembira dengan keputusan ini. Tapi little bit puzzle.

“Ini bukan masalah pendengaran. Tapi masalah tumpuan. Jadi saya rujuk anak encik jumpa kaunselor.” kata doktor pada teman.

Masalah tumpuan... yalah kot, baru perasan. Bila dia tengah ralik, pangillan biasa kekadang memang dia tak respon tapi bila kita bergosip, berbisik halus pun dia boleh dengar. Masa tu, memang buat teman sakit hati. Dia boleh pilih-pilih pulak apa yang dia nak dengar.

Bila kauter cek dengan kaunselor, kes sebegini memang common katanya. So, doktor minta bersabar dan memahami situasi anak. Anak perlu dimaklum dan melatihkan diri agar peka dengan keadaan sekeliling. Anak teman taklah serius sangat cuma kesilapan fahaman mak bapak yang menganggap anak begini sebagai degil adalah merbahaya.

Teman pun open talk dengan anak teman. Teman accept keadaan ini tapi pada waktu yang sama janganlah ambik kesempatan pulak. Pernah teman terjerit-jerit memanggil dia didalam bilik, usahkan nak buka pintu. Menyahut pun tidak.

Geram...... betul ke dia tak dengar ataupun saja-saja tak dengar....

Ini memang berlaku. Walau pun tak kerap tetap menyakitkan hati...... sabar jela.

Namun apa pun, Abah percaya angah tak sengaja. hu..hu..hu..

Monday, June 3, 2013

Kisah Amoi Cakap Melayu

Sepagi tadi rakan teman call nak jumpa teman berbual pasal projek. Kebetulan teman free, pergilah jumpa. Rakan teman ni dah lama teman kenali. Dulu pegawai kerajaan tapi sekarang dah bertukar profesi jadi usahawan. Berjaya pulak tu. Tumpang bangga teman. 

Dalam duduk rancak berbincang sambil pekena roti canai, tetiba datanglah seorang amoi bawa sebiji handset nak jual kat kita orang.

"awak ini handset mau ka" 

"oik. ade juge amoi nak berjual dgn pelanggan melayu pasca pru13",  fikir teman.

"berapa harga" saja tanya nak tahu.

"200. murah. ambik 2 kasi 160 satu biji" balas si amoi

huh. ok tu. murah ni. ini handpon samsong.

"macam mana pakai", aku tanya si amoi lagi.

amoi pun ambil balik hanphone kat tangan aku. dia pun berdemolah sambil bercakap dalam bahasa melayu yang agak fasih.

"Hello amoi. lu bukan orang malaysia kan", aku sergah amoi yang sedang asik mendemo handpond samsong tu.

"ya lo. saya dari china." jawab selambe si amoi.

padanlah firasat teman dari mula tengok amoi ni macam ada yang tak kena. fasih sangat cakap Melayu.   Susah nak cari cina Ipoh sefasih amoi ni. Tu yang teman dok syak dari tadi. Lagi pun, mana ade cina lokal nak menjaja barang kat gerai melayu.

Di satu sudut aku gembira tengok amoi yang bersusah payah menjaja dari meja ke meja tanpa prejudis. Kalau cina lokal, mana naknya mereka masuk gerai melayu. Rungut teman.  Nak makan kat gerai Melayu tu adalah nampak sesekali, tapi kalau nak tengok masuk beli barang runcit kat kedai Melayu, jauh panggang dari api.

Teman tak pasti kenapa cina susah sangat nak beli barang kat kedai Melayu. kalau teman cakap cina ni  chauvinist, mereka kata teman rasis. Tapi sepanjang teman tinggal kat ipoh itulah hakikat yang teman nampak. Kat tempat lain teman tak nak komen sebab tak tahu.

Berbalik pada cerita amoi tadi, teman bisik kat rakan yang juga asyik tengok amoi berdemo.  "kite yang kat sini sibuk nak melancong ke china, depa pula sibuk datang kat sini. Ini dah terbalik kot." bisik aku  sambil tergelak.

"Entah- entah amoi ni pun 1 dari 50,000 pelawat dari china yang sibuk diperkatakan hilang oleh imigresen tu.", tambah teman.

Bila teman lihat telatah amoi, barulah teman mengerti macam mana depa buat keajiapan menghilangkan diri ala-ala Copperfield.

These Mainland Chinese Are Well Blended With Local. 

Tak macam saudara Bangla atau Nepalis mahupun rakan seberang kita dari Indonesia. Mereka-mereka ini ada identitasnya tersendiri mudah untuk di cam. Tapi tidak dengan si amoi dan 50,000 lagi  kerabatnya. Magnificent Chameleon.

Sedangkan masuk kampung melayu pun teman susah nak cam apatah lagi kalau mereka tinggal di China Town yang berlambak kat pelusok tanah Melayu ni.

Orang Cina memang pandai berdagang. Tabik spring.

Berbalik sekali lagi pasal cerita amoi teman terpaksa tolak lamaran jualannya. Bukan teman taknak, tapi duit tunai dikocek tak cukup. Teman lihat si amoi ni steady je ditolak. Macam takde hal, sepantas kilat promote kat meja sebelah pulak.   

Moral of the story... Chinese Mainland Takde Prejudis Kat Melayu Lokal.  

Ye ke....