Friday, April 6, 2012
Vampire
Malulah.
One thing I notice about my son is his capability writing English words in short sentences and with the combination of the sentences he create stories.
Aku tak pernah pun ajar dia English dan lagi my English vocabulary pun limited.
So, in order for him to write, he always ask me to use my PC. Guna tangan, ilham tak sampai katanya. And on these process, he manage to complete 2 volume of short stories with more than 100 pages.
And all of his stories is about Vampire, an English folk ghost stories.
Vampire pun Vampirelah.
Janji cool.
An thinking that he just eleventh when he wrote his first stories, its truely amazed me.
I greatly feel he has all the talent to be a writer.
Apa yang diperlukan dia hanya perlu teruskan minatnya. Abah akan sentiasa menyokong mu.
Ganbare ( Maju Ayoh Maju ) Amee.
Dari Abah
Lawatan Ke Jepun
Tujuan program adalah untuk merapatkan hubungan dua hala diantara kedua-dua rakyat melalui penghantaran belia.
My eldest son, Syafiq telah terpilih untuk program ini.
Pemilihan beliau memang dicemburui oleh adik2nya lain. Tapi syarat program yang mana peserta harus berumur 16 tahun ++, mereka terpaksa akur. Mungkin bukan rezeki mereka kali ini.
According to my son, peserta seramai 40 orang (termasuk 4 pengiring) telah dibawa melawat ke Miyagi, kawasan yang paling teruk di landa tsunami. Miyagi adalah sebuah perkampungan yang terletak 200km di utara Tokyo, ibu negara Jepun.
As we know, Jepun adalah negara yang dikelilingi oleh gunung berapi. Satu letusan jika berlaku dan jika tidak ditangani dengan betul, kesan selepas malapetaka amatlah dashyat. Jepun juga adalah negara yang bergunung ganang dengan penduduk banyak tertumpu dipinggiran pantai.
Tsunami yang melanda adalah malapetaka selepas letusan gempa. Tetapi malapetaka yang lebih besar adalah kealpaan manusia yang memandang rendah akan skala kemusnahan yang akan tiba.
Inilah yang terjadi di Miyagi. Dihari kejadian, pihak berkuasa telah mengistiharkan bahaya tahap tinggi dan mengarahkan penduduk berpindah kekawasan selamat. Akibat sering menerima arahan sedemikian dan tanpa masalah sebelum ini, penduduk menjadi alpha dan kembali ke kawasan masing-masing walaupun arahan berpindah belum ditarik. Kealpaan dalam mematuhi arahan ini adalah malapetaka sebenar di Miyagi.
Petugas-petugas yang bergadai nyawa dan tahu akan menemui maut jika terus berada dikawasan tersebut, kini adalah wira rakyat Jepun. Jasa dan keberanian mereka akan menjadi ingatan dan lagenda.
Teknologi canggih semana sekali pun, jika tidak dihargai tidak ada gunanya.
Adalah diharap rakyat Jepun bersabar didalam menghadapi dugaan ini, dan kemampuan mereka membangunkan semula wilayah ini amat mengkagumkan.
Namun, untuk Miyagi kembali seperti dahulu hanyalah sejarah.
Golongan muda yang keluar merantau tidak nampak kelebihan untuk pulang kerana peluang kerjaya yang terhad. Golongan tua pula diusia yang semakin meningkat sudah tidak produktif dan ini adalah dilema kerajaan Jepun akan keperluan untuk membangunkan kembali perkampungan yang telah musnah itu secara besar-besaran.
Kita yang tinggal di Malaysia amat bersyukur kerana ditakdirkan sebagai sebuah negara yang bebas dari malapetaka besar semulajadi.
Dengan lawatan ini, diharap my son lebih appreciate dengan apa yang kita ada dan belajar dari pengalaman orang Jepun disana.
Dari Abah
ps, Thanks Aleps, kerana beri peluang.
Chess Warrior
Ini kesah my second son. Ribut takda, taufan takde, tiba-tiba pulak, balik je dari sekolah dia teriak. Abah, angah dah dipilih jadi wakil catur sekolah. Tak lama lagi, nak pergi tanding untuk pemilihan wakil daerah.
Wow, hebat juga my son ni. Patutlah sejak kebelakangan ini, asyik ajak aku main catur. Aku bukanlah pandai sangat, tapi untuk dia menang aku memang tak kasi chan. Peringkat awal, dia memang kalah teruk, tapi lately, aku mula kalah dan dia punye check mate memang ade style. Buah aku banyak lagi pun dia boleh check mate. Katanya, semua movement tu, coach dia kat sekolah yang ajar. Hmm, boleh tahan.
As long to my son, inilah satu-satunya permainan dalam sejarah bersekolah yang dia dapat jadi wakil sekolah. Dia kata dia sangat ordinary kat sekolah. Tak de apa yg boleh dibanggakan. Alangkah seronok, kalau dpt jadi sesuatu.
Rupa-rupanye unggapan ini memang sangat serius oleh my son. Apa sekali pun dia nak merasa jadi wakil sekolah. Nak merasa apa yang dirasakan oleh teman2 beliau yang jadi wakil.
Sebab tu, sejak dipilih, every night aku kena menchallenge dia. Ada kalanya sampai 1 pagi. Memang penat otak, tapi dia kata, ini sacrifice trainning yg dia kena hadapi.
So, last monday, event yang ditunggu pun tiba. Hampir 20 sekolah dari wilayah kinta participate tournoment ini dgn 135 orang peserta. Perlawanan dibuat dalam 7 pusingan dan 16 perserta terbaik akan dipilih untuk perlawanan pusingan 2 bagi memlih 4 wakil daerah keperingkat negeri.
At 1pm of the day, aku recieved a call from my son.
Abah, angah dah menang 5 drp 6 perlawanan. Tolong datang ke dewan ptg ini jugak, bagi support angah untuk next game. Kedengaran suara keriangan my son through my handphone.
Biar betul. Ini very exiting. OK and Roger. Abah akan kesana sekarang jugak. Kasi support sama angah. Kata aku dgn penuh teruja.
So ptg itu, aku cancel what ever plan, aku carilah tempat tournament tu. Tournament tu dibuat kat SMK Convent Ipoh. Just next to Ipoh Parade rupanya. Ia sebuah sekolah lama yag betul2 terletak ditengah2 bandar Ipoh. Bangunanya pun antik, peningalan kolonial.
Cari punya cari, jumpa le dewan tu. As ketika aku sampai, my son ranked 5th among 135 playes. Thats fantastic. The next games dia akan bertemu dengan an indian boy yang according to teachers, is one of the best players in Perak.
My son nampak cool je. Nampak Hansome jugak my son rupenye.
So the game begun. All players sat on their dedicated tables. My son duduk kat meja bahagian hadapan, iaitu meja untuk para players yang terstrong.
Each games consist of 25 minute. Dan setiap each move, player kena tekan jam yg ada kat depan mereka. Kpd playes yg berfikir banyak, time is their enemy. Keadaan dewan, agak tegang ketika itu.
Selepas 15 minit, satu persatu player bangun dan meningglkan dewan. Yang habis perlawanan boleh berbuat demikan tapi aku lihat my son dgn opponentnya masih serious bertanding hingga ke minit-minit akhir.
Selepas 25 minit aku nampat the indian boy bangun dan shake hand dgn my son. The indian nampak smile je, my son pulak tunduk merenung chess depannya.
Angah kalah, Itulah luahan my son sebaik saja jumpa aku kat podium di bahagian belakang dewan. Its OK son, you have done your best.
At least angah masih yang ke 11 terbaik dan still have a change untuk jadi wakil daerah on the next selection.
Angah, my son tersenyum lebar. Masih ada harapan untuknya menjadi wakil daerah yang tak pernah di impikan oleh beliau sebelum ini.
Jika gagal pun, sekurang2nya beliau adalah wakil sekolah dan telah pun menjadi the top 16 players kat Daerah Kinta.
Ganbare(Maju ayoh maju) angah.
Thursday, April 5, 2012
Masuk Asrama
Sunday, September 18, 2011
Privasi Pesakit
Tadi bawa amee (my son) ke klinik. hari ni dah masuk hari ke 3 ponteng sekolah. 2 hari ke kl ikut ayahnya (thats me) jalan2. but the 3rd day sakit perut. apa lagi, ponteng lagi le...
Cuma kat klinik kerajaan (Gunung Rapat Ipoh), terperasan sistem giliran dah berubah. kalau dulu pesakit duduk kat kerusi beramai2 sebelum nombor naik dan dipanggil masuk. skrg pesakit masih duduk kat kerusi tunggu no giliran, tapi kena duduk sorang2 betul2 depan bilik doktor.
kalau org lelaki ok juga. cuba bayangkan kalau pesakit wanita ke, pesakit sopak, berkudis ke duduk depan orang ramai sorang2 tunggu doktor panggil, tak ke malu dibuatnya.
Kepada warga pengurusan klinik kesihatan kerajaan gunung rapat, janganlah ambik mudah hal ini. jangan sekali2 maluikan pesakit2 anda. jagalah sikit privasi dan air muka mereka ye....
salam.
Kem Pengakap
My youngest son (12thn) just attend kem pengakap 3 hari 2 malam di Batu Gajah, Perak. Kemnya dlm kws sekolah tapi mempunyai kws persekitaran yang menarik. Ada tasik tau tepi sekolah (bekas lombong je sebenarnya). My son amat teruja untuk menghadiri kem tu. Malah, semua persiapan ke kem dia sendiri yg prepare kecuali pakaian seragam, dia minta farthernya beli yang baru since uniform lama dah tak padan kerana badannya dah membesar. Teman juga tak perasan, tapi bila lihat dia bermain dengan teman2nya yg lain, baru nampak. Dia among the tallest dlm kelas!.
Mlm kedua, atas permintaanya sempatlah juge melawat beliau ke kem. My son teringin benor nak tunjuk persembahannya. Katanya bermula jam 9.30 mlm. Jam sepuluh baru mula. Tunggu punya tunggu, pukul sebelas pun masih belum dipanggil giliran. My other sons, yg juge dtg melawat dah bising. Masakan tidak, kami belum makan malam. We have no choice but to gave up. Atas izin my youngest son, kami pun sayonara dr majlis.
Anyway, sepulangnya anaknda dr kem, beliau terus tak henti bercerita. According to him, it was his most memorable experiance. Katanya bukan sj dipilih jadi ketua kem sekolah dan lakunan beliau jadi hantu pocong mendapat sambutan gemuruh malah mendapat 2 pucuk love letter dr awek kem bersebelahan begitu mengujakanya. Besar dah anak aku rupenye.
Teman pun fikir aktiviti berkumpulan sebegini memang bagus. Anak2 diajar cara untuk hidup berkerjasama. Dia orang piunya cigku pun begitu koperatif dan komited.
Syabas buat Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah yang mengajurkan aktiviti luar kelas seperti kem seumpama ini.
Kalau ikutkan hati, Teman pun terasa macam nak joint sekali.
Salam.
Halangi Kerosakan Bukit Batu Kapur Ipoh
Salam,
Setiap kali melalui lebuhraya PLUS di Ipoh keindahan Bukit Batu Kapornya amatlah mengkagumkan. Malangnya apabila diamati dengan perinci, majoriti daripada bukit-bukit batu kapor ini adalah sisa kesan tinggalan kuari yang telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu.
Lebih menyedihkan lagi, kini masih terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kuari yang sedang rancak dijalankan dan melihat bukit-bukit ini ditarah dengan rakusnya amat menyedihkan.
Gunung batu kapur yang terdapat di Ipoh adalah proses semula jadi yang memakan masa jutaan tahun. Nilai komersial gunung ini untuk jangka panjang sebenarnya adalah jauh lebih tinggi jika dimenafaatkan bagi tujuan industri pelancongan dan industri hartanah berbanding dengan industri kuari yang memusnahkan itu.
Pembukaan Sunway lagoon yang menjadikan gunung kapur sebagai tarikan di Ipoh dan pembangunan Kondominium Mewah yang dikenali sebagai Heaven yang bernilai jutaan ringgi seunit di Tambun contohnya telah meningkatkan kemasukan pelabur ke daerah ini.
Kehadiran wargaemas dari luar negara dalam Program My Second Home oleh kerajaan Malaysia yang memilih Bandaraya Ipoh sebagai rumah persaraan berdasarkan keindahan alam dan cuacanya juga membuktikan bandaraya Ipoh adalah sebuah destinasi berpotensi untuk di majukan sebagai industri hartanah dan pelancongan di masa hadapan.
Namun kerosakan kekal akibat dari aktiviti kuari telah menghilangkan tarikan utama Bandaraya Ipoh akiabat dari kegelojohan dan ketamakan pengusaha dan tidak perihatinan kerajaan dan penguasa tempatan meluluskan kuari tanpa memikirkan hak generasi hadapan menikmati alam semulajadi anugerah tuhan yang indah ini amatlah dikesalkan.
Berdoa agar lebih-ramai masyarakat dapat menyertai kempen menyelamat bukit batu kapor di Ipoh dan melalui kempen ini diharap dapat mengurang atau menghentikan secara terus bukit-bukit ini dijarah hanya untuk keuntungan yang sedikit.
Nyatakan sokongan anda ke;
Facebook Group Against destruction of Ipoh limestone hills:
http://www.facebook.com/group.php?gid=139107816129906
T.kasih