Ramai ibu bapa beranggapan adalah memadai menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak kepada guru dan sekolah, sedangkan mereka tidak sedar akan kesannya. Anak2 yg diabaikan disekolah akan tertekan dan malu apabila sering berasa keseorangan tanpa sokongan keluarga.
Menurut kajian adalah dianggarkan terdapat banyak keluarga berdepan konflik ini hingga akhirnya pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan drastik.
Tindakan drastik yang digunakan oleh pihak sekolah dan guru adalah menggunakan pendekatan alternatif iaitu 'mendera' ibu bapa dengan menghukum anak-anak mereka dengan harapan cara ini akan membuka ruang perbincangan.
Bagaimanapun, ia masih gagal apabila ibu bapa menyalahkan sekolah dan guru atas tindakan itu sehingga konflik bertambah buruk dengan serangan balas antara satu sama lain.
Bagi mengelakan perkara ini berterusan ibubapa perlulah proaktif turut serta didalam pembelajaran anak-anak mereka. Kaedah efektif yang disarankan boleh dilakukan ibu bapa untuk menunjukkan komitmen terhadap anak, guru dan sekolah ialah;
Menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan.
Menyertai komuniti ibu bapa - guru di sekolah
Sentiasa bersama mengambil bahagian bersama anak di rumah.
Sentiasa berhubung dengan sekolah dan guru
Selamat Berjaya.
No comments:
Post a Comment