Hari ni bila buka Facebook, Dato Bandar Ipoh yang kebetulannya telah menjadi rakan facebook menulis akan harapan beliau agar lebih ramai penduduk setempat menyertai program gotong royong yang akan dianjurkan olehnya.
Apa lagi, since teman pernah email isu yang sama kepada beliau, maka teman pun tinggalkan komen seperti berikut kat laman facebook beliau.
" Askm Dato.
Tahniah diatas usaha2 dato dalam mengekalkan tradisi gotong-royong yang murni ini. Program gotong royong amat besar ertinya. Ia bukanlah setakat membersihkan kawasan perumahan dari sampah - sarap tetapi yang lebih penting adalah untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat.
Tetapi diwaktu yang sama, penduduk2 itu sendiri hendaklah mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Apa guna kita berpenat-lelah bergotong royong membersihkan kawasan, jika penduduk yang sama membuang sampah merata2 di keesokan harinya.
Kesedaran sivik dikalangan anak2 boleh dididik dari peringkat sekolah. Tapi bagaimana pula golongan dewasa yang telah lama meninggalkan persekolahan. Jika anak mengotorkan tempat, ia boleh ditegur oleh orang tua mereka tapi bagaimana jika orang tua itu sendiri mengotorkanya. Siapakah yang akan menegur dan membetulkan mereka.
Oleh itu saya merasakan dalam menjalankan program gotong royong ini, lakukanlah sekali kempen kesedaran sivik. Selain drp itu, perkenalkanlah juga program Mind Your Own Yard (MYOY) terutama kepada peniaga2 yang memiliki atau menyewa premisis didalam bandaraya Ipoh.
Jika setiap peniaga mengambil berat dan berusaha menjaga halaman kaki lima premisis mereka sendiri, saya pasti bandaraya Ipoh kita akan menjadi bandaraya contoh terbersih di Malaysia. Jika program ini dibuat dalam bentuk pertandingan dimana kejiranan terbersih dan paling ceria menerima anugerah khas dato, sudah tentu ia lebih dapat menarik minat lebih ramai penduduk setempat.
Inilah konsep MYOY yg pernah saya lontarkan kepada dato dahulu. Gunakanlah jika ia membantu.
Salam dari saya dan mendokan bandaraya Ipoh dibawah pimpinan dato agar lebih maju dimasa hadapan."

Ape pun, tujuan komen ini bukan apa2. Manalah tahu jika dipakai, sedikit sebanyak
ada jugelah sumbangan teman kepada Bandaraya Ipoh.
Perasan...he he.
No comments:
Post a Comment