Monday, May 7, 2012

Budu Estete

Papan tanda pada jalan masuk estate
Nama estate ini kalau sekali dengar memang agak menarik. Seolah2-olah ada orang kelantan yang tak boleh melupakan budu yang membuka estate ini. Sebenarnya estate ini tidak ada kena mengena dengan orang kelantan. Budu Estate adalah sebuah ladang getah peninggalan British yang terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang.

Nama estate ini diambil mungkin kerana kedudukan estate yang terletak di Mukim Budu, Benta Pahang.

Budu Estate mempunyai sejarah yang agak lama yang mana satu ketika dahulu pengurusan tertinggi estate adalah di monopoli oleh orang Eropah dengan majoriti pekerjanya adalah orang india diikuti dengan Melayu dan Cina,

Jambatan gantung dibina oleh pihak estete selepas
jambatan asal
dirosak banjir besar pada tahun  1971

Estate ini menjadi kenangan teman secara peribadi kerana ayanda dan bonda teman pernah bertugas diestete ini dan teman sendiri secara peribadi sempat mendiami estete ini sewaktu teman kecil.

Ayahnda teman telah pun lama bersara dan menurut ayahnda, beliau telah  bekerja diestate ini sejak beliau remaja sebelum berpindah. Ketika itu beliau bekerja sebagai penjaga injin dandang (boilerman).

Bonda teman pula diwaktu itu bekerja sebagai amah dirumah pengurus berbangsa Eropah di estate ini dan sehingga kehari ini bonda teman masih ingat dan sering menceritakan pengalaman beliau kepada cucu-cunya akan kerenah keluarga pengurus2 berbangsa Eropah ketika beliau masih bertugas. Banyak cerita2 bonda yang menarik untuk dikongsi yang mana teman jika ada peluang akan muatkan diruangan lain kelak.

Sewaktu kecil, seingat teman, estate ini mempunyai segala kemudahan asas untuk pekerjanya. Estate ini bukan sahaja menyediakan rumah untuk para pekerjanya malah terdapat sebuah sekolah untuk kemudahan anak-anak pekerja untuk belajar disamping sebuah hospital dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Di estate ini terdapat sebuah bas awam yang sentiasa keluar masuk bagi membolehkan pekerja berhubung dengan dunia luar  dan yang paling menonjol adalah estate ini mempunyai sebuah rumah kelab (club house) yang walaupun eksklusif hanya untuk pengawai berbangsa Eropah berkumpul dan berhubung sesama mereka menunjukan kehebatan pengurusan berbangsa Eropah ketika itu yang mana telah memahami akan keperluan menjaga keselesaan pegawai dan pekerjanya dalam memastikan pengeluaran ladang ditahap yang paling optimum. 

Adalah sukar untuk dibayangkan estate yang hanya seluas 4,300 hektar ini dapat menyediakan kemudahan jauh lebih baik dari ladang-ladang yang seumpamanya ketika ini yang lebih besar. Ladang-ladang ketika ini sudah kurang atau tidak lagi menyediakan kemudahan seumpama itu. Ini mungkin disebabkan oleh pola pekerja ladang yang berbeza ketika ini  yang mana bergantung dengan pekerja asing.

Budu Estate dihari ini juga telah jauh berubah daripada Budu Estate dibawah pengurusan berbangsa Eropah dahulu. Budu Estate dihari ini yang telah beberapa kali bertukar milik, sudah tidak mempunyai apa yang ada dizaman kegemilanganya.

Estate ini jika dahulu getah adalah komoditi asasnya kini telah ditukar kepada kelapa sawit yang lebih mudah untuk di urus. Kilang getahnya juga telah ditutup, begitu juga dengan kemudahan hospitalnya. Rumah Kelabnya juga telah usang dan mungkin akan dirobohkan kerana tiada lagi keperluan pengunaannya seperti dahulu.

Apa pun Budu Estate adalah tetap meninggalkan kenangan dalam hidup teman.

 








Saturday, May 5, 2012

Alangkah Idealnya


"Kerajaan bukan BN, BN bukan kerajaan, Pakatan bukan pembangkang, pembangkang bukan pakatan. BN boleh jadi pembangkang yang baik kerana tahu selok belok tadbir negara. Pakatan boleh jadi kerajaan yang baik pasal tak tahu main rasuah lagi. kita mesti jadikan negara dua parti yang mana tiada parti dominan yang memerintah agar tiada salahguna kuasa."

Kedai Runcit Orang Aceh

Dalam pada melayari blog, teman terjumpa aduan mengenai kehadiran peniaga runcit berbangasa Aceh yang tumbuh bagai cendawan di Kuala Lumpur. Menarik apabila diutarakan mengenai kehadiran mereka.

Teman memang telah menyedari lama mengenai ativiti mereka terutama di sekitar Chow Kit dan Kg Baru du Kuala Lumpur. Barangan yang dijual adalah pelbagai dan harga ditawarkan juga agak menarik.

Secara dasarnya teman tiada halangan untuk mereka membuka kedai runcit sebanyak mana yang mereka mahu asalkan pembukaan kedai-kedai ini mendapat kebenaran daripada penguasa tempatan.

Teman merasakan tidak perlu kita mengusari kehadiran mereka kerana tanpa kehadiran peniaga runcit Aceh ini pun, Malaysia sudahpun dibanjiri oleh hypermarket-hypermarket yang pemiliknya bukan rakyat Malaysia. Jika kita gusarkan peniaga Aceh mengunakan pekerja Indon dikedai-kedai mereka, apa bezanya dengan hypermarket-hypermarket yang terdapat diseluruh pelusok tanahair. Pekerja tempatan hanyalah sebahagian daripada keseluruhan pekerja asing.

Keuntungan yang diperolehi oleh hypermarket2 ini sudah semestinya akan dibawa pulang kenegara asal malah dengan kadar yang jauh lebih besar berbanding dengan peniaga2 Aceh. Malah lebih memburukkan keadaan, hypermarket2 ini bukan sahaja telah menyebabkan peniaga2 Melayu bumiputera dikawasan luarbandar ditutup kerana tidak dapat bersaing malaanh pengeluar2 barangan makanan kecilan setempat seperti pembuat kerepek, dodol dan sebagainya juga tidak dapat lagi memasarkan produk mereka kerana tidak mampu mengikuti piawai-piawai pelik yang dikenakan oleh hypermarket2 ini.

Dipendekan cerita, teman merasai kerajaan memang tidak berminat atau berniat untuk membantu golongan peniaga runcit bumiputera kerana mereka adalah golongan minoriti yang tidak memberi kesan dan pola undi kepada mereka berbanding dengan pembeli yang lebih ramai. Segala tindak tanduk kerajaan ketika ini adalah lebih untuk mendapat undi popular berbanding dengan tanggungjawab fardu kifayah didalam memastikan usahawan Melayu islam masih boleh terus bersaing dan membekalkan makanan halal. 

Sekurang-kurangnya dengan kehadiran peniaga Aceh beragama Islam, mereka  ada mengeluarkan zakat dan masih membeli produk IKS keluaran bumiputera kecilan yang yang amat memerlukan jaringan pemasaran berbanding dengan hypermarket2 multinasional yang sudah pasti tidak membayar zakat kerana terdapat barangan jualan yang tidak halal dijual oleh mereka.

Selagi kerajaan tidak berniat untuk melaksanakan tanggungjawab fardu kifayahnya, lupakan sahaja isu ini kerana hypermarket bukan muslim seperti Giant, Tesco, Econsave, Carrefour, KipMart, TJ Mart, S Mart, Jusco, dan sebagainya telah pun mendominasi pembekalan makanan yang menjadi darah daging kita.  Lupakan jugalah akan kehadiran supermarket bersaiz sederhana seperti Gedung Harian, KINI, dan banyak lagi yang mana semuanya ini adalah saigan tegar yang hampir mustahil untuk peniaga runcit bumiputera menyainginya.

Walaupun kehadiran Mydin dan KR1M sedikit sebanyak telah dapat mengubati, tetapi apabila memikirkan keuntungan perniagaan adalah dimonopoli oleh keluarga yang sama, kita rakyat marheam hanya gigit jari sahajalah.

Wallualam.


Tuesday, May 1, 2012

Pe dan Pei

Masa teman darjah satu dulu-dulu (awal 70'an),  sempat teman diajar bahawa ejaan Bahasa Melayu terdapat dua "e"  iaitu "è" tanda dan "e" biasa. Pengunaan "e" biasa ini contohnya adalah Merah (dibunyikan meirah) manakala "è" pula adalah  Pèdang / Pèlangi.  

Perbezaan yang jelas ini menjadikan vowel dalam bahasa Melayu ketika itu kepada 6 huruf iaitu "a,e, i, o, u, è" dan tidak seperti sekarang hanya lima. Tetapi tak lama selepas tu, huruf "è" dihapus dan semua vowel yang berkaitan dengan "e" dan "è" diselaraskan kepada "e" biasa sahaja.

Teman tak pasti kenapa kerajaan melupuskan pengunaan "è". Cuma teman boleh agak sebab huruf "è" tiada dalam mesin taip. Jadi untuk menaip "è" setiap kali penaipan akan diikuti dengan penandaan secara manual  tanda atas "e" tentu agak meyukarkan. Lalu dihapuskanlah penggunaan "è".

Kesan daripada kehilangan "è" amatlah besar dan kadang-kadang ia menjadi pelik dan mengelirukan. Pernah teman tengok filem cina yang terjemahanya memeningkan teman.

"Panglima Han mengambil baju perang untuk pergi berperang."

Ayat diatas merujuk kepada warna baju atau kegunaan baju?.   "Baju Perang" merujuk kepada warna baju manakala Baju Pèrang merujuk kepada pengunaan baju. Yang mana satu betul?. Kalau teman tidak menonton rancangan tersebut,  kita tidak akan tahu makna tepat ayat diatas.

Kehilangan "è" juga menjadikan sesuatu bunyi itu kelakar. Contohnya Negeri Perak . Juga boleh disebut sebagai Negeri Pèrak.  Manakala Negeri Kèdah boleh jadi kool pulak sebutanya iaitu Kedah (kaydah). 

Jadi teman terfikir agak lama juga nak selesaikan masalah sebutan ini, sehinggalah satu hari teman terfikir. Kenapa tak tambahkan saja huruf "i"  sahaja supaya bunyinya menjadi "ei". Contohnya "Merah" diubah kepada "Meirah", "perang" (warna) diubah kepada "peirang". Perkataan yang mengunakan vowel "è" pula dikekal kepada "e" sahaja. Contohnya "Perang" (war) tetap kekal sebagai "Perang".

Selesai satu masalah.

Tapi kenapa DBP taknak ubah aganye ye?.

Wallahualam.

 


 




Next Please

"Next Please". Inilah perkataan yang sering didengar bila berbaris nak bayar sesuatu.

Terfikir juga, dalam bahasa Melayunya ape ye.

Takde ke perkataan Melayu yang boleh ganti "Next".

"Berikutnya"...  hmmm.. Tak sesuai. Macam payah nak sebut.

So teman try check dgn pakcik google. Dan ikut kata pakcik google ia boleh disebut seperti ini.

"Seterusnya, sila" ....

OK tapi gabungan 2 perkataan ini agak pelik. Jadi apa kata ambil sebelah je untuk ganti "Next Please" iaitu;

"Seterusnya.."

Macam OK tapi bunyinya tenggelam bila disebut kuat-kuat, Dan Macam susah je nak faham dan boleh konfius je.

Tak de ke bahasa Melayu yang sesuai dan mudah di sebut.

So, teman cuba tanya pakcik google sekali lagi. Tapi kali ini dalam bahasa Indonesia pulak. Menarik juga terjemahannya yang mana bunyinya begini;

"Berikutnya, silakan"

Hmm.., lebih sopan. Terjemahan google dalam Bahasa Indonesia nampak gayanya lebih lunak.

Jadi bolehlah guna kita guna  "Berikutnya, silakan" ganti "Next" agaknya.

Walahualam.






Surat Ke Dato Bandar Ipoh

Pada awal tahun ini (Jan.2012), entah apa pasal tiba-tiba teman beriya-ria nak menyumbang idea kepada Dato Bandar. Sebab teman fikir, tentu Dato Bandar sibuk dan kalau ada idea tentu dia alu-alukan. Semangat nak menulis makin berkobar  bila tak disangka Dato Bandar terima teman jadi dia punya friend dalam Facebook.

So, teman hantarlah message kpd Dato Bandar Ipoh dengan ayat2 disusun seperti berikut;


"Askm Dato,

Saya nak cadangkan Dato perkenalkan program "Mind Your Own Yard (MYOY) " di Bandaraya Ipoh Sempena Tahun Melawat Perak 2012. Objektif Program MYOY adalah untuk menjadikan Bandaraya Ipoh bebas sampah terutama di kawasan kaki lima di lot-lot kedai didalam bandaraya Ipoh.

Program MYOY adalah satu program kesedaran yg amat mudah yang mana pihak DBI menjalankan kempen untuk pemilik atau penyewa premisis dan atas usaha mereka sendiri mengutip dan membersihkan sampah yang terdapat dihadapan laman kai-lima primesis mereka.

Kekotoran sampah dihadapan kaki lima kedai mereka berlaku bukan sahaja kerana tiada kesedaran sivik tetapi juga adalah sikap mengharapkan majlis membersihkanya hanya semata2 kerana mereka telah membayar cukai pintu.

Jika setiap pemilik kedai mengambil hanya sedikit inisiatif mengutip sampah dihadapan kedai mereka, saya yakin Ipoh akan menjadi BANDAR CONTOH menunjukan bagaimana penduduk dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dlm mengindahkan bandar.

Program ini tidak memerlukan dana yg besar. Selain drp kempen, kerjasama persatuan penduduk, peniaga, penjaja dan NGO tempatan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik.

Salam kpd Dato dan mendoakan Ipoh mengembalikan kecerian dlm menarik lebih ramai pelancong.

T.kasih"

Dan seperti yang di jangka,  proposal teman  tak di terima tu biasale. Tapi yang mengejutkan,  message teman pun langsung tak dilayan.Paling kurang pun, kalau dia cakap Terima-Kasih pun teman dah happy.

Moral of the Story;

"Kalau nak Idea kita di dengar, Kita kena pakai baju kuning buat demo kat dataran. Kalau tidak, buang masa saja tulis message"

Tak kan sampai begitu sekali kot.


He..He....





Maaf Encik, Boleh Tumpang Lalu.

Teman memang selalu pergi shopping dengan anak-anak. Paling kurang, 2 kali sebulan. Shopping memang membosankan. Tapi nak buat macam mana. Kalau tak pergi, tak berasaplah dapur.

Kat Ipoh, teman rajin pergi ke Econ Save. Bukan nak promo, tapi sesuai dengan namanya, teman dapati harga Econ Save lebih rendah berbanding Tesco mahu pun Giant. Dengan Mydin tak dapat nak compare, sebab Mydin kat Jelapang masih dalam pembinaan. Dengar cerita Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) lagi murah. Yalah agaknya, tapi tak berpeluang nak pergi, sebab terletak jauh sikit dari rumah. Kalau pergi juga, tambah duit minyak, kos teman lagi lebih. Tak berbaloi sangat.

Shoping kat hypermarket ini memang banyak pilihan. Pilih sajalah barang-barang yang berjenis-jenis yang ada kat rak. Ambik sajalah apa yang nak, selagi dompek tak kering.

Secara teorinya, shoping di hypermarket adalah menjimatkan,  tapi realiti adalah disebaliknya. Masakan tidak, bila tengok barang banyak, mata mula jadi rambang, bila mata dah rambang, akhirnya barang tak perlu pun habis digendong. Dan bila balik rumah, kira punya kira baru perasan bajet over. Masa tu baru nak melompat, tapi dah terlambat.

Rintitan teman kali ini bukan nak cerita sangat pasal hypermarket. Cuma tak faham dengan sikap pembeli-pembeli yang tak peduli pelanggan lain. Depa ni, main pakai redah saja. Tak kira kita tengah belek-belek barang ke apa ke, asalkan ada ruang sempit, depan kitalah mereka nak lalu. Kalau nak lalu pun, payah sangat ke nak cakap, "MAAF ENCIK, BOLEH TUMPANG LALU".

Kalau ruang benar-benar sempit, teman boleh terima jugalah. Itu pun, berbahasa sikitlah.

Trend redah depan orang ini teman tengok bukan kat hypermarket saja. Kat kedai buku ke, kedai runcit ke, hatta tahkala kita sedang berbual pun, alih-alih berduyung-duyung dia orang berjalan mencelah diantara kita.yang sedang berbual ini.

Where's Your Manner Dude!. Madam pun 2 x 5.

Patutlah Mat Salleh masih kata Malaysia ni 3rd World.

Yang dia orang cakap 3rd World tu bukan sangat fasal infrastruktor negara kita yang kurang, tapi ADAP kita yang kurang.

Macam mana nak Educate orang kita tentang perkara se simple ni ye.


Wallahualam.