Pada awal tahun ini (Jan.2012), entah apa pasal tiba-tiba teman beriya-ria nak menyumbang idea kepada Dato Bandar. Sebab teman fikir, tentu Dato Bandar sibuk dan kalau ada idea tentu dia alu-alukan. Semangat nak menulis makin berkobar bila tak disangka Dato Bandar terima teman jadi dia punya friend dalam Facebook.
So, teman hantarlah message kpd Dato Bandar Ipoh dengan ayat2 disusun seperti berikut;
"Askm Dato,
Saya nak cadangkan Dato perkenalkan program "Mind
Your Own Yard (MYOY) " di Bandaraya Ipoh Sempena Tahun Melawat Perak
2012. Objektif Program MYOY adalah untuk menjadikan Bandaraya Ipoh bebas
sampah terutama di kawasan kaki lima di lot-lot kedai didalam bandaraya
Ipoh.
Program MYOY adalah satu program kesedaran yg amat
mudah yang mana pihak DBI menjalankan kempen untuk pemilik atau penyewa
premisis dan atas usaha mereka sendiri mengutip dan membersihkan sampah
yang terdapat dihadapan laman kai-lima primesis mereka.
Kekotoran sampah dihadapan kaki lima kedai mereka berlaku bukan sahaja
kerana tiada kesedaran sivik tetapi juga adalah sikap mengharapkan
majlis membersihkanya hanya semata2 kerana mereka telah membayar cukai
pintu.
Jika setiap pemilik kedai mengambil hanya sedikit
inisiatif mengutip sampah dihadapan kedai mereka, saya yakin Ipoh akan
menjadi BANDAR CONTOH menunjukan bagaimana penduduk dan pihak berkuasa
tempatan bekerjasama dlm mengindahkan bandar.
Program ini tidak
memerlukan dana yg besar. Selain drp kempen, kerjasama persatuan
penduduk, peniaga, penjaja dan NGO tempatan saya yakin ia akan mendapat
sambutan yang baik.
Salam kpd Dato dan mendoakan Ipoh mengembalikan kecerian dlm menarik lebih ramai pelancong.
T.kasih"
Dan seperti yang di jangka, proposal teman tak di terima tu biasale. Tapi yang mengejutkan, message teman pun langsung tak dilayan.Paling kurang pun, kalau dia cakap Terima-Kasih pun teman dah happy.
Moral of the Story;
"Kalau nak Idea kita di dengar, Kita kena pakai baju kuning buat demo kat dataran. Kalau tidak, buang masa saja tulis message"
Tak kan sampai begitu sekali kot.
He..He....
No comments:
Post a Comment