Tuesday, June 12, 2012

Perkerjaan Merompak Bank Tidak Menguntung Seperti Yang Disangka

Bonnie Parker dan Clyde Barrow terkenal kerana
rompaka mereka  tetapi tidak dilihat hidup
bermewahan
Satu kajian statistik menarik yang menganggap rompakan bank sebagai pekerjaan mendapati kadar pulangan rompakan tidak begitu menguntungkan malah tidak setimpal dengan risiko yang diterima terutama jika rompakan bersenjata dilakukan.

Menurut kajian, terdapat 106 cubaan rompakan daripada 10,500 cawangan bank yg terdapat diBritian pada 2007 berbanding dengan 7,500 cubaan rompakan terhadap industri lain.  Daripada cubaan ini, sepertiga rompakan adalah gagal dan hanya 20% rompakan yang berjaya pula pelakunya dapat ditangkap dan dihukum.

Dari kajian juga didapati  setiap perompak  bank di Britain secara puratanya  memperolehi $15,887 manakala di Amerika Syarikat pula hanya $4,330. Dengan mengambil kira purata pendapatan penduduk Britain $34,000 setahun, hasil rompakan mereka hanya dapat bertahan untuk 6 bulan.

Jumlah ini adalah jauh daripada impian perompak-perompak ini untuk hidup bermewahan yang mana kehidupan mereka tidak jauh dengan kehidupan pengedar dadah jalanan picisan yang tidak mampu untuk menyewa rumah sendiri hingga terpaksa menumpang keluarga diakibatkan keuntungan perniagaan yang amat kecil sehinggakan bank merasakan tidak berbaloi untuk mereka memasang jaring pencegah rompakan dikaunter yang lebih tinggi kosnya daripada kehilangan wang dari rompakan..

Ini adalah faktor dilihat kenapa bilangan rompakan bank di Britain dan Amerika Syarikat berkurangan saban tahun  .

Friday, May 25, 2012

Mayat DiSepanjang Kemuncak Everest

Pndaki wanita naif yang maut diEverest pada May.2012
Shah Klorfine seorang wanita yang berazam menakluki Puncak Everest telah menemui ajal akibat akibat ketiadaan pengalaman mendaki gunung. Pendakian Puncak Everest kini telah menjadi satu industi besar bagi sebuah negara miskin seperti Nepal. Adalah dikatakan setiap pendaki memerlukan pembiayaan didalam mengupah syarikat pendakian Nepal diantara USD60K hingga USD80K didalam mencapai impian mereka.

Shah Klorfine juga tidak terkecuali dimana untuk mengejar impianya beliau telah mencagarkan rumahnya sebanyak USD200K bagi tujuan tersebut. Ramai pengkritik memerhatikan Shah Klorfine pasti tidak menemui ajalnya pada hari tersebut jika beliau mengikuti nasihat jurudaki Nepal yang meminta beliau berpatah balik dan mendaki puncak tersebut ditahun lainnya apabila melihat keadaan cuaca di puncak yang tidak mengizinkan.

Shah Klofine bertegas mahu meneruskan pendakian walaupun dinasihati oleh jurudaki Nepal akibat melihat ketidaksediaannya disamping cuaca buruk. Pengkritik menyebut keengganan  Shah Klofine berpatah adalah lebih bermotifkan kewangan kerana dengan kewangan yang terhad beliau tidak membolehkanya kembali mendaki ditahun-tahun berikutnya. 

Ayat terakhir beliau sebelum menemuai ajalnya adalah "Selamatkan Saya" rayunya kepada jurudaki Nepal dan yang ironiknya didalam facebook beliau pernah berseloroh menyatakan yang beliau seolah-olah sedang berada dikawasan perkuburan terbuka ketika didalam pendakian setelah melihat begitu banyak mayat pendaki terdahulu yang ditinggalkan disepanjang laluan dakian yang akhirnya beliau sendiri telah menjadi penghuni kuburan tersebut.

Dibawah adalah foto-foto rumah kuburan seperti yang diseloroh oleh Shah Klorfine didalam facebooknya.

Mayat-mayat yang ditinggalkan disepanjang laluan disini dibiarkan begitu didalam keadaan terbuka akibat kesukaran untuk membawa pulang disamping kos perbelanjaan tinggi yang diperlukan.

Mayat-mayat yang ditinggalkan itu, kini telah menjadi tanda laluan dan diberi nama-nama tertentu sebagai panduan pendaki.

Mayat Pendaki ini beri nama Green Boots dan terdapat lebig daripada 200 mayat seumpannya sejak 80 tahun yang lalu.

Ramai pendaki menemui ajal akibat mengambil tidur untuk berehat.

Ramai pendaki merasakan kawasan pendakian yang tersusah adalah ketika melalui laluan mayat yang di tinggalkan ini.


Dibawah adalah mayat George Grory yang mati terjatuh pada tahun 1924 dan banyak mayat yang masih berkedaan baik sepertinya kerana process pereputan yang rendah akibat kesejukan melalampau di Everest.
























Dua pendaki menjumpai seorang pendaki wanita yang merayu agar jangan meninggalkannya tidak diendahkan pleh pendaki ini kerana mereka sendiri berada didalam kesukaran.


Pendakian Everest tidak boleh dibuat hanya berdasarkan kepada semangat dan kewangan semata tetapi memerlukan pengorbanan dan latihan dari segi emosi dan stamina.


Sumber : www.buzzfeed.com

Saturday, May 19, 2012

Boarding School Awam Bukan Lagi Untuk Anak Orang Susah

"En perasan tak saban tahun kuota pelajar Boarding School tidak pernah penuh hanya dengan 1 Intake.", tanya seorang sahabat ketika berbual mengenai persekolahan anak.

"Ini tentu disebabkan oleh pelajar menolak tawaran kerana mahu bermanja dan tinggal dengan mak bapak. Maklumlah, kemudahan yang ada dirumah tidak dapat ditandingi oleh kehidupan asrama yang ketat", jawab teman.

"En Silap. Memang ada pelajar yang sedemikian tapi majoriti yang menolak adalah mereka dari golongan kurang berada menolak didalam keadaan terpaksa akibat tidak berkemampuan menyediakan persiapan pendaftaran persekolahan yang mencecah ribuan ringgit. Apabila golongan ini menolak, tempat kosong ini akan diisi oleh mereka yang berada terutama dari anak penjawat awam atau anak dari elit politik." jelas beliau sambil merenung mata teman.

Terserentak teman dengan penjelasannya itu.

Matlamat boarding school adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif terutama kepada pelajar dari keluarga kurang berada. Namun apa yang teman lihat dari mata kasar teman ada kebenaran kata sahabat teman ini. Dihari pendaftaran anak teman sendiri, kalau takda seribu tunai didalam poket, tak terdaftar anak pada hari pendaftaran itu. Dan lagi apabila ditoleh sekeliling sekolah, kereta-kereta yang parkir  banyak yang berjenama dan jika pemiliknya tidak berpendapatan tinggi adalah mustahil untuk memilikinya.

"Kalau benar pengambilan pelajar ke boarding school ini adalah untuk pelajar kurang berkemampuan, kenapa disertakan sekali penyata bayaran yang mana apabila dikira dan dicongkak sudah tentu menggerunkan kepada mereka dari keluarga yang kurang berada untuk pergi mendaftar anak mereka. Apatah lagi untuk menyekolahkanya disana", tambah sahabat teman.

Teman terdiam tetapi tidak mahu membuat andaian mengenai perkara ini kerana tidak tahu akan kebenaranya. Tetapi, jika ia  benar, ini adalah serius dan bermaksud kita telah menzalimi hak mereka yang berhak. Teman berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian.

Secara jujurnya, teman pun melihat ketika ini ada yang menghantar anak keboarding school bukanlah setakat untuk melihat anak berjaya tetapi terdapat golongan ibubapa yang menjadikanya sebagai status untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan mereka mendidik anak kepada masyarakat walahal mereka tidak perlu berbuat demikian kerana mereka sememangnya mampu menyediadakan pendidikan yang lebih baik dirumah mereka.

Wallahualam.




Tuesday, May 15, 2012

Jangan Percaya Bulat-Bulat, Cek Dulu

Mencari tempat parkir bila pergi shopping dihujung minggu memang memeritkan. Tapi teman tidak merungut sangat sebab inilah harinya untuk enjoy satu family. Daripada berpusing-pusing mencari parkir disetiap tingkat, teman memilih pendekatan, menunggu kereta sehingga keluar parkir dan mengambil alih tempatnya. 

Strategi ni pun tak selalunya berjaya tetapi lebih menyenangkan tanpa perlu menjenguk kiri dan kanan berlumba2 dengan pemandu lain untuk parkir.  Cuma yang agak melegakan kebelakangan ini, telah mula terdapat pusat membeli belah yang menyediakan perkhidmatan lampu makluman bagi memudahkan parkir. Apa yang perlu, pemandu hanya perlu mencari lampu hijau yang terletak dibahagian atas parkir. Jika hijau maksudnya parkir kosong dan merah adalah sebaliknya.

Tapi yang teman nak cerita kali ini bukan pasal parkir kosong tapi ketinggian bumbung parkir. Bulan lepas, nak dijadikan cerita teman pergi ke Hentian Pudu Raya nak hantar anak naik bas. Masa tu teman gunakan van. Masa memanjat bangunan stesen, teman dah tak sedap hati sebab dapat rasakan bumbung parkir agak rendah untuk van masuk.

Tapi teman teruskan juga dengan andian tempat parkir dibuat sekurang-kurangnya mesti secukup tinggi untuk van.  Pada bumbung pertama dan kedua, jelas kedengaran area radio van melanggari palang bumbung parkir. Kalau dua bumbung pertama ok, tentu yang lain pun ok juga, fikir teman. Lalu teman teruskan untuk memasuki palang bumbung ketiga. Kali ni agak berbeza dengan palang bumbung sebelumnya.


Kalau dua palang bumbung sebelumnya mempunyai lorong laluan yang mendatar tapi pada palang bumbung yang ketiga betul-betul dibawahnya ada lereng kecil mendaki untuk menaiki ke tingkat seterusnya.


Hati teman dah berdebar. Nak terus nanti bumbung akan tersagat palang disebabkan oleh lereng. Kalau nak berpatah bukannya mudah disebabkan lorong parkir agak kecil dan beberapa kereta sudah menunggu di belakang.

Dalam terkial-kial berfikir, teman ternampak ada beberapa orang pemandu teksi berbangsa India dan Cina memberi isyarat tangan. Mereka pun nampat macam teruja melihat van teman yang macam nak tersangkut.

So teman dengan spontannya terus mengeluarkan tanda isyarat bertanyakan OK ke untuk teman meneruskan van kehadapan. Pemandu2 teksi yang duduk ditepi koridor parkir nampak macam memberi respon kepada isyarat teman. Yang berbangsa India teman nampak ia mengerak tangan dari kiri kekanan seolah2 memberi isyarat kepada teman untuk terus maju kehadapan. Yang berbangsa Cina pula memusingkan tapak tangan juga kekiri dan kekanan juga seolah2 memberi isyarat Go sign yang sebenarnya selepas itu bila dikir balik baru teman perasan isyarat itu mungkin bermaksud jangan. Tapi dah terlambat.

So, dalam keadaan yang kelam kabut, melalui isyarat tersebut teman pun mengintreprasikan bahawa adalah selamat untuk kehadapan lebih-lebih lagi  teman dapati, masih ada ruang antara van dan palang setelah meraba-raba bumbung van dari aras temapt duduk pemandu.

So dengan confidentnya teman pun perlahan-lahan mengerakkan van kehadapan.


Apa lagi. Kedengaralah bunyi 'krak..krakk...krakk..." yang kuat keluar dari atas bumbung van teman. Dengan serta merta teman hentikan van dan terus keluar melihat keadaan bumbung. Oh My God..., bumbung van teman dah kemek bergesel dengan palang bumbung parkir. Bila teman toleh kepada pemandu2 teksi yang beri isyarat OK tadi, teman lihat semuanya hanya mengeleng-geleng kepala. Tak seorang pun yang datang ke van teman untuk memberi pertolongan.

Ini masalah besar, fikir teman. Nak kedepan pun tak boleh dan kalau mengundur, bumbung van akan tersagat lagi. Dan Kereta dibelakang pun banyak menunggu untuk naik. 


Pilihan yang ada pada teman ketika itu, hanyalah mengundurkan van secara paksa dan naik keatas penghadang koridor yang agak tinggi yang kebetulannya mempunyai sedikit ruang untuk memusingkan van dan seterusnya keluar dari kawasan parkir secara menyongsang arah.


Ketika mengundur, kedengaran lagi bunyi seretan yang kuat dari atas bumbung van. Habislah lagi van teman. Tapi nak buat macam mana. Setelah memusing2 stereng berkali-kali, akhirnya teman berjaya membawa keluar van dari kawasan parkir.


Debaran2 kejadian masih berlaku walaupun setelah 30 minit melolus keluar.


Marah dan geram dengan pemandu2 teksi yang buat tidak tahu bila kemalangan berlaku memang menyakitkan hati. Tetapi kesilapan sendiri yang terlau percaya kepada mereka dan tidak memastikan betul-betul akan situasi ketinggian parkir amat menginsafkan.


So Moral of the story kali ini....

"Jangan Percaya Bulat-Bulat Cakap Isyarat Orang. Cek Dulu Sebelum Buat Sesuatu" memang tepat dengan insiden ini.

He..he..




Thursday, May 10, 2012

Yeh, Dato Bandar Dah Reply...

Pada awal May bulan ini, teman ada post satu artikel dlm blog ini yang menyindir golongan birokrat khususnya Dato Bandar Ipoh yang tak ambil pusing membaca dan membalas mengenai cadangan orang ramai memperbaiki taraf bandaraya dalam facebook beliau .

Hendak dijadikan cerita, pagi tadi bila teman buka facebook, dpt massage drp Dato Bandar. Terkejut teman. Lepas 5 bulan baru dia reply. Ingatkan isu ini dah habis.

Proposal teman tu takdelah apa sangat. Dato bandar pun takde janji apa-apa. Tapi kesungguhan Dato Bandar reply wlwpun lama dan lambat agak mengujakan.
So, moral of the story.

Jangan cepat buat andaian bukan2. Siasat dulu. Nanti tak fasal2 kena panah petir. He..he..

Maaf Ya, Dato.

Ganbare Ipo ( Ayoh,Ipoh Maju).....
 
 

Wednesday, May 9, 2012

Dah Kena Belanja Ucaplah Terima-Kasih

'Warikan' adalah perkataan yang sering diguna oleh orang Jepun sebelum masuk kedai makan beramai-ramai.

Tapi apa itu 'warikan'.

Dalam bahasa Melayunya, "Sendiri Makan Sendiri Bayar". 

Nampak kasar bunyinya, dasar bangsa kedekut. Tapi apa kurangnya dengan kita. Sekali sekala bolehlah. Tapi kalau kerap, lain pulak jadinya.

Dalam pada waktu yang sama, banyak juga masa yang kita di"belanjakan". Teman mengalaminya dan begitu juga agaknya dengan tuan-tuan kerana sebagai manusia yang hidup bersosial, makan bersama boleh merapatkan perhubungan.  Dalam kes teman, teman sering dibelanja makan terutama sekali oleh senior dan boss sewaktu berkhidmat disebuah firma di Jepun. Diwaktu itu, makan  free memang menyeronokan. Sekarang pun sama juga. Tapi bila dibelanja free diwaktu itu, ada syaratnya. 

Pertama. Adalah pantang untuk makan sebelum boss makan. Kalau nak makan dulu, mesti minta izin dengan boss. Bila dia kata okey, baru makan.Syarat ini juga, sama walau pun di 'warikan'. Kena respek orang tua.

Kedua. Mesti ucap 'itadakimasu' sebelum makan. Kemudian mesti ucap "gochisousama" selepas makan. 'Itadakimasu' dalam bahasa Melayunya "Bismillah" kot. Manakala 'gochisousama' pula adalah 'alhamdullilah' kot. Perkataan kot digunakan sebab tiada terjemahan tepat dalam bahasa Melayu dan untuk makluman dua perkataan ini tiada kena mengena dengan kepercayaan agama mereka.

Ketiga. Walaupun tak sedap, mesti puji makanan yang dibelanja.

Terakhir iaitu ke Empat. Mesti ucap terima-kasih dengan suara yang jelas kepada mereka yang belanja kita.   

Wah... Banyaknya protokol. Tapi itulah protokol yang teman terpaksa ikut semasa bertugas di firma tersebut. Dalam berhati-hati pun, teman selalu juga kena tegur dengan boss dalam bab ini.

Teman bersyukur, budaya yang baik ini teman terbawa-bawa bila pulang ke Malaysia. Disini teman selalu dibelanja dan membelanjakan. Budaya ini juga tidak asing di Malaysia kerana ia adalah sebahagian daripada adab budaya kita juga.

Cuma setelah sekian lama di Malaysia, baru teman terperasan, protokol Satu dan Dua secara amnya tiada masalah tapi tidak dengan protokol terutamanya yang ke Empat yaitu ramai yang tak pandai ucap terima-kasih bila kena belanja.  Begitu juga dengan protokol Tiga. Jarang mendengar orang kita memuji makanan.

Kenapa ye.... 



Monday, May 7, 2012

Sejarah Kampung Budu

Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. •

Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. •

Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. •

Mengalirnya Sg Teka yang mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang menhubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, mat Kilau dan pihak Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat anugerah Allah SWT iaitu permata emas. •

Kg Budu secara spesifik merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi benteng pertahanan iaitu bukit raya (Bukit tacing), Bukit Gong (Bukit Perangin) dan Bukit Engku. •

Telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan YB Hj Abdullah bin Hj Akil, Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein, Hj Abdul Samah bin Hj Idris , Hj Zakaria bin Hj Taha , Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin , Dato’ Suhaimi bin Ibrahim dan Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak. •

Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang.

Di kalangan Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, • Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu. • Perbalahan sesama sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu.

Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar, ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari. Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford. Akibat dari peristiwa itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis.

Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang, Orang Kaya Lipis(Tok Teh), Wan Lingga dan Tengku Samad dari Raub. •

Setelah lebih se-abad berlalu, peristiwa perbalahan antara pembesar-pembesar itu tidak banyak bezanya hingga ke hari ini. Akibat dari perebutan kuasa antara pemimpin-pemimpin sekarang ke atas Mukim Budu, tiada sebarang pembangunan dapat dinikmati dan dilaksanakan. Hari ini, Mukim Budu dilihat sebagai antara mukim yang masih mundur dan tiada satu hala tuju pembangunan yang mampan. •

Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim Budu antaranya: • Perigi Sejarah mat Kilau • Kubu Parit Dalam • Kubu Tualang Padang • Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya • Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama • Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan.

Di petik daripada wikipedia•