Tuesday, May 15, 2012

Jangan Percaya Bulat-Bulat, Cek Dulu

Mencari tempat parkir bila pergi shopping dihujung minggu memang memeritkan. Tapi teman tidak merungut sangat sebab inilah harinya untuk enjoy satu family. Daripada berpusing-pusing mencari parkir disetiap tingkat, teman memilih pendekatan, menunggu kereta sehingga keluar parkir dan mengambil alih tempatnya. 

Strategi ni pun tak selalunya berjaya tetapi lebih menyenangkan tanpa perlu menjenguk kiri dan kanan berlumba2 dengan pemandu lain untuk parkir.  Cuma yang agak melegakan kebelakangan ini, telah mula terdapat pusat membeli belah yang menyediakan perkhidmatan lampu makluman bagi memudahkan parkir. Apa yang perlu, pemandu hanya perlu mencari lampu hijau yang terletak dibahagian atas parkir. Jika hijau maksudnya parkir kosong dan merah adalah sebaliknya.

Tapi yang teman nak cerita kali ini bukan pasal parkir kosong tapi ketinggian bumbung parkir. Bulan lepas, nak dijadikan cerita teman pergi ke Hentian Pudu Raya nak hantar anak naik bas. Masa tu teman gunakan van. Masa memanjat bangunan stesen, teman dah tak sedap hati sebab dapat rasakan bumbung parkir agak rendah untuk van masuk.

Tapi teman teruskan juga dengan andian tempat parkir dibuat sekurang-kurangnya mesti secukup tinggi untuk van.  Pada bumbung pertama dan kedua, jelas kedengaran area radio van melanggari palang bumbung parkir. Kalau dua bumbung pertama ok, tentu yang lain pun ok juga, fikir teman. Lalu teman teruskan untuk memasuki palang bumbung ketiga. Kali ni agak berbeza dengan palang bumbung sebelumnya.


Kalau dua palang bumbung sebelumnya mempunyai lorong laluan yang mendatar tapi pada palang bumbung yang ketiga betul-betul dibawahnya ada lereng kecil mendaki untuk menaiki ke tingkat seterusnya.


Hati teman dah berdebar. Nak terus nanti bumbung akan tersagat palang disebabkan oleh lereng. Kalau nak berpatah bukannya mudah disebabkan lorong parkir agak kecil dan beberapa kereta sudah menunggu di belakang.

Dalam terkial-kial berfikir, teman ternampak ada beberapa orang pemandu teksi berbangsa India dan Cina memberi isyarat tangan. Mereka pun nampat macam teruja melihat van teman yang macam nak tersangkut.

So teman dengan spontannya terus mengeluarkan tanda isyarat bertanyakan OK ke untuk teman meneruskan van kehadapan. Pemandu2 teksi yang duduk ditepi koridor parkir nampak macam memberi respon kepada isyarat teman. Yang berbangsa India teman nampak ia mengerak tangan dari kiri kekanan seolah2 memberi isyarat kepada teman untuk terus maju kehadapan. Yang berbangsa Cina pula memusingkan tapak tangan juga kekiri dan kekanan juga seolah2 memberi isyarat Go sign yang sebenarnya selepas itu bila dikir balik baru teman perasan isyarat itu mungkin bermaksud jangan. Tapi dah terlambat.

So, dalam keadaan yang kelam kabut, melalui isyarat tersebut teman pun mengintreprasikan bahawa adalah selamat untuk kehadapan lebih-lebih lagi  teman dapati, masih ada ruang antara van dan palang setelah meraba-raba bumbung van dari aras temapt duduk pemandu.

So dengan confidentnya teman pun perlahan-lahan mengerakkan van kehadapan.


Apa lagi. Kedengaralah bunyi 'krak..krakk...krakk..." yang kuat keluar dari atas bumbung van teman. Dengan serta merta teman hentikan van dan terus keluar melihat keadaan bumbung. Oh My God..., bumbung van teman dah kemek bergesel dengan palang bumbung parkir. Bila teman toleh kepada pemandu2 teksi yang beri isyarat OK tadi, teman lihat semuanya hanya mengeleng-geleng kepala. Tak seorang pun yang datang ke van teman untuk memberi pertolongan.

Ini masalah besar, fikir teman. Nak kedepan pun tak boleh dan kalau mengundur, bumbung van akan tersagat lagi. Dan Kereta dibelakang pun banyak menunggu untuk naik. 


Pilihan yang ada pada teman ketika itu, hanyalah mengundurkan van secara paksa dan naik keatas penghadang koridor yang agak tinggi yang kebetulannya mempunyai sedikit ruang untuk memusingkan van dan seterusnya keluar dari kawasan parkir secara menyongsang arah.


Ketika mengundur, kedengaran lagi bunyi seretan yang kuat dari atas bumbung van. Habislah lagi van teman. Tapi nak buat macam mana. Setelah memusing2 stereng berkali-kali, akhirnya teman berjaya membawa keluar van dari kawasan parkir.


Debaran2 kejadian masih berlaku walaupun setelah 30 minit melolus keluar.


Marah dan geram dengan pemandu2 teksi yang buat tidak tahu bila kemalangan berlaku memang menyakitkan hati. Tetapi kesilapan sendiri yang terlau percaya kepada mereka dan tidak memastikan betul-betul akan situasi ketinggian parkir amat menginsafkan.


So Moral of the story kali ini....

"Jangan Percaya Bulat-Bulat Cakap Isyarat Orang. Cek Dulu Sebelum Buat Sesuatu" memang tepat dengan insiden ini.

He..he..




No comments:

Post a Comment