Pndaki wanita naif yang maut diEverest pada May.2012 |
Shah Klorfine seorang wanita yang berazam menakluki Puncak Everest telah menemui ajal akibat akibat ketiadaan pengalaman mendaki gunung. Pendakian Puncak Everest kini telah menjadi satu industi besar bagi sebuah negara miskin seperti Nepal. Adalah dikatakan setiap pendaki memerlukan pembiayaan didalam mengupah syarikat pendakian Nepal diantara USD60K hingga USD80K didalam mencapai impian mereka.
Shah Klorfine juga tidak terkecuali dimana untuk mengejar impianya beliau telah mencagarkan rumahnya sebanyak USD200K bagi tujuan tersebut. Ramai pengkritik memerhatikan Shah Klorfine pasti tidak menemui ajalnya pada hari tersebut jika beliau mengikuti nasihat jurudaki Nepal yang meminta beliau berpatah balik dan mendaki puncak tersebut ditahun lainnya apabila melihat keadaan cuaca di puncak yang tidak mengizinkan.
Shah Klofine bertegas mahu meneruskan pendakian walaupun dinasihati oleh jurudaki Nepal akibat melihat ketidaksediaannya disamping cuaca buruk. Pengkritik menyebut keengganan Shah Klofine berpatah adalah lebih bermotifkan kewangan kerana dengan kewangan yang terhad beliau tidak membolehkanya kembali mendaki ditahun-tahun berikutnya.
Ayat terakhir beliau sebelum menemuai ajalnya adalah "Selamatkan Saya" rayunya kepada jurudaki Nepal dan yang ironiknya didalam facebook beliau pernah berseloroh menyatakan yang beliau seolah-olah sedang berada dikawasan perkuburan terbuka ketika didalam pendakian setelah melihat begitu banyak mayat pendaki terdahulu yang ditinggalkan disepanjang laluan dakian yang akhirnya beliau sendiri telah menjadi penghuni kuburan tersebut.
Dibawah adalah foto-foto rumah kuburan seperti yang diseloroh oleh Shah Klorfine didalam facebooknya.
Mayat-mayat yang ditinggalkan disepanjang laluan disini dibiarkan begitu didalam keadaan terbuka akibat kesukaran untuk membawa pulang disamping kos perbelanjaan tinggi yang diperlukan.
Mayat-mayat yang ditinggalkan disepanjang laluan disini dibiarkan begitu didalam keadaan terbuka akibat kesukaran untuk membawa pulang disamping kos perbelanjaan tinggi yang diperlukan.
Mayat-mayat yang ditinggalkan itu, kini telah menjadi tanda laluan dan diberi nama-nama tertentu sebagai panduan pendaki.
Mayat Pendaki ini beri nama Green Boots dan terdapat lebig daripada 200 mayat seumpannya sejak 80 tahun yang lalu.
Ramai pendaki menemui ajal akibat mengambil tidur untuk berehat.
Ramai pendaki merasakan kawasan pendakian yang tersusah adalah ketika melalui laluan mayat yang di tinggalkan ini.
Dibawah adalah mayat George Grory yang mati terjatuh pada tahun 1924 dan banyak mayat yang masih berkedaan baik sepertinya kerana process pereputan yang rendah akibat kesejukan melalampau di Everest.
Dua pendaki menjumpai seorang pendaki wanita yang merayu agar jangan meninggalkannya tidak diendahkan pleh pendaki ini kerana mereka sendiri berada didalam kesukaran.
Pendakian Everest tidak boleh dibuat hanya berdasarkan kepada semangat dan kewangan semata tetapi memerlukan pengorbanan dan latihan dari segi emosi dan stamina.
Sumber : www.buzzfeed.com
No comments:
Post a Comment