Sunday, September 19, 2010

Lawatan Pn Taeko


Ini cerita di bulan ramadahan 2 tahun lalu.


Teman lama dari Jepun Pn Taeko sedang mengunjungi rumah kami di Ipoh di bulan Ramadan ini. Beliau ingin sekali merasakan suasana berpuasa di Malaysia dan kalau boleh mahu meraikan Aidil Fitri sekali.


Pn Taeko saya kenali melalui keluarga beliau ketika saya bertugas di Sakata sebuah bandar kecil yang terletak di utara Wilayah Yamagata, Jepun. Ayahndanya adalah seorang petani manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Walau bagaimana pun kedua mereka telah meninggal dunia selang 1 tahun diantara satu sama lain pada tahun lepas akibat penyakit barah.


Kedua orang tua beliau amat dikenali di daerah beliau kerana sering menerima pelajar sebagai tamu didalam program homestay yang diadakan. Ibunya agak handal memasak dan boleh memasak masakan melayu.Setiap kali mengunjungi rumah beliau, tidak lekang bubur kacang dihidangkannya.


Hari ini, segalanya tinggalah hanya kenangan.


Tersentuh dgn Pn Taeko menghadiahkan jam peninggalan arwah ayahndanya kepada saya sebagai ole-ole dari Jepun katanya.


Salam.

No comments:

Post a Comment