Tuesday, July 17, 2012

Proposal Ke Dato Bandar Ipoh

Hari ni bila buka Facebook, Dato Bandar Ipoh yang kebetulannya telah menjadi rakan facebook menulis akan harapan beliau agar lebih ramai penduduk setempat menyertai program gotong royong yang akan dianjurkan olehnya.

Apa lagi, since teman pernah email isu yang sama kepada beliau, maka teman pun  tinggalkan komen seperti berikut kat laman facebook beliau.

" Askm Dato.

Tahniah diatas usaha2 dato dalam mengekalkan tradisi gotong-royong yang murni ini. Program gotong royong amat besar ertinya. Ia bukanlah setakat membersihkan kawasan perumahan dari sampah - sarap tetapi yang lebih penting adalah untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat.

Tetapi diwaktu yang sama, penduduk2 itu sendiri hendaklah mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Apa guna kita berpenat-lelah bergotong royong membersihkan kawasan, jika penduduk yang sama membuang sampah merata2 di keesokan harinya.

Kesedaran sivik dikalangan anak2 boleh dididik dari peringkat sekolah. Tapi bagaimana pula golongan dewasa yang telah lama meninggalkan persekolahan. Jika anak mengotorkan tempat, ia boleh ditegur oleh orang tua mereka tapi bagaimana jika orang tua itu sendiri mengotorkanya. Siapakah yang akan menegur dan membetulkan mereka.

Oleh itu saya merasakan dalam menjalankan program gotong royong ini, lakukanlah sekali kempen kesedaran sivik. Selain drp itu, perkenalkanlah juga program Mind Your Own Yard (MYOY) terutama kepada peniaga2 yang memiliki atau menyewa premisis didalam bandaraya Ipoh.

Jika setiap peniaga mengambil berat dan berusaha menjaga halaman kaki lima premisis mereka sendiri, saya pasti bandaraya Ipoh kita akan menjadi bandaraya contoh terbersih di Malaysia. Jika program ini dibuat dalam bentuk pertandingan dimana kejiranan terbersih dan paling ceria menerima anugerah khas dato, sudah tentu ia lebih dapat menarik minat lebih ramai penduduk setempat.

Inilah konsep MYOY yg pernah saya lontarkan kepada dato dahulu. Gunakanlah jika ia membantu.

Salam dari saya dan mendokan bandaraya Ipoh dibawah pimpinan dato agar lebih maju dimasa hadapan.
"

Ape pun, tujuan komen ini bukan apa2. Manalah tahu jika dipakai, sedikit sebanyak ada jugelah sumbangan teman kepada Bandaraya Ipoh. 

Perasan...he he.

Tuesday, June 12, 2012

Perkerjaan Merompak Bank Tidak Menguntung Seperti Yang Disangka

Bonnie Parker dan Clyde Barrow terkenal kerana
rompaka mereka  tetapi tidak dilihat hidup
bermewahan
Satu kajian statistik menarik yang menganggap rompakan bank sebagai pekerjaan mendapati kadar pulangan rompakan tidak begitu menguntungkan malah tidak setimpal dengan risiko yang diterima terutama jika rompakan bersenjata dilakukan.

Menurut kajian, terdapat 106 cubaan rompakan daripada 10,500 cawangan bank yg terdapat diBritian pada 2007 berbanding dengan 7,500 cubaan rompakan terhadap industri lain.  Daripada cubaan ini, sepertiga rompakan adalah gagal dan hanya 20% rompakan yang berjaya pula pelakunya dapat ditangkap dan dihukum.

Dari kajian juga didapati  setiap perompak  bank di Britain secara puratanya  memperolehi $15,887 manakala di Amerika Syarikat pula hanya $4,330. Dengan mengambil kira purata pendapatan penduduk Britain $34,000 setahun, hasil rompakan mereka hanya dapat bertahan untuk 6 bulan.

Jumlah ini adalah jauh daripada impian perompak-perompak ini untuk hidup bermewahan yang mana kehidupan mereka tidak jauh dengan kehidupan pengedar dadah jalanan picisan yang tidak mampu untuk menyewa rumah sendiri hingga terpaksa menumpang keluarga diakibatkan keuntungan perniagaan yang amat kecil sehinggakan bank merasakan tidak berbaloi untuk mereka memasang jaring pencegah rompakan dikaunter yang lebih tinggi kosnya daripada kehilangan wang dari rompakan..

Ini adalah faktor dilihat kenapa bilangan rompakan bank di Britain dan Amerika Syarikat berkurangan saban tahun  .

Friday, May 25, 2012

Mayat DiSepanjang Kemuncak Everest

Pndaki wanita naif yang maut diEverest pada May.2012
Shah Klorfine seorang wanita yang berazam menakluki Puncak Everest telah menemui ajal akibat akibat ketiadaan pengalaman mendaki gunung. Pendakian Puncak Everest kini telah menjadi satu industi besar bagi sebuah negara miskin seperti Nepal. Adalah dikatakan setiap pendaki memerlukan pembiayaan didalam mengupah syarikat pendakian Nepal diantara USD60K hingga USD80K didalam mencapai impian mereka.

Shah Klorfine juga tidak terkecuali dimana untuk mengejar impianya beliau telah mencagarkan rumahnya sebanyak USD200K bagi tujuan tersebut. Ramai pengkritik memerhatikan Shah Klorfine pasti tidak menemui ajalnya pada hari tersebut jika beliau mengikuti nasihat jurudaki Nepal yang meminta beliau berpatah balik dan mendaki puncak tersebut ditahun lainnya apabila melihat keadaan cuaca di puncak yang tidak mengizinkan.

Shah Klofine bertegas mahu meneruskan pendakian walaupun dinasihati oleh jurudaki Nepal akibat melihat ketidaksediaannya disamping cuaca buruk. Pengkritik menyebut keengganan  Shah Klofine berpatah adalah lebih bermotifkan kewangan kerana dengan kewangan yang terhad beliau tidak membolehkanya kembali mendaki ditahun-tahun berikutnya. 

Ayat terakhir beliau sebelum menemuai ajalnya adalah "Selamatkan Saya" rayunya kepada jurudaki Nepal dan yang ironiknya didalam facebook beliau pernah berseloroh menyatakan yang beliau seolah-olah sedang berada dikawasan perkuburan terbuka ketika didalam pendakian setelah melihat begitu banyak mayat pendaki terdahulu yang ditinggalkan disepanjang laluan dakian yang akhirnya beliau sendiri telah menjadi penghuni kuburan tersebut.

Dibawah adalah foto-foto rumah kuburan seperti yang diseloroh oleh Shah Klorfine didalam facebooknya.

Mayat-mayat yang ditinggalkan disepanjang laluan disini dibiarkan begitu didalam keadaan terbuka akibat kesukaran untuk membawa pulang disamping kos perbelanjaan tinggi yang diperlukan.

Mayat-mayat yang ditinggalkan itu, kini telah menjadi tanda laluan dan diberi nama-nama tertentu sebagai panduan pendaki.

Mayat Pendaki ini beri nama Green Boots dan terdapat lebig daripada 200 mayat seumpannya sejak 80 tahun yang lalu.

Ramai pendaki menemui ajal akibat mengambil tidur untuk berehat.

Ramai pendaki merasakan kawasan pendakian yang tersusah adalah ketika melalui laluan mayat yang di tinggalkan ini.


Dibawah adalah mayat George Grory yang mati terjatuh pada tahun 1924 dan banyak mayat yang masih berkedaan baik sepertinya kerana process pereputan yang rendah akibat kesejukan melalampau di Everest.
























Dua pendaki menjumpai seorang pendaki wanita yang merayu agar jangan meninggalkannya tidak diendahkan pleh pendaki ini kerana mereka sendiri berada didalam kesukaran.


Pendakian Everest tidak boleh dibuat hanya berdasarkan kepada semangat dan kewangan semata tetapi memerlukan pengorbanan dan latihan dari segi emosi dan stamina.


Sumber : www.buzzfeed.com

Saturday, May 19, 2012

Boarding School Awam Bukan Lagi Untuk Anak Orang Susah

"En perasan tak saban tahun kuota pelajar Boarding School tidak pernah penuh hanya dengan 1 Intake.", tanya seorang sahabat ketika berbual mengenai persekolahan anak.

"Ini tentu disebabkan oleh pelajar menolak tawaran kerana mahu bermanja dan tinggal dengan mak bapak. Maklumlah, kemudahan yang ada dirumah tidak dapat ditandingi oleh kehidupan asrama yang ketat", jawab teman.

"En Silap. Memang ada pelajar yang sedemikian tapi majoriti yang menolak adalah mereka dari golongan kurang berada menolak didalam keadaan terpaksa akibat tidak berkemampuan menyediakan persiapan pendaftaran persekolahan yang mencecah ribuan ringgit. Apabila golongan ini menolak, tempat kosong ini akan diisi oleh mereka yang berada terutama dari anak penjawat awam atau anak dari elit politik." jelas beliau sambil merenung mata teman.

Terserentak teman dengan penjelasannya itu.

Matlamat boarding school adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif terutama kepada pelajar dari keluarga kurang berada. Namun apa yang teman lihat dari mata kasar teman ada kebenaran kata sahabat teman ini. Dihari pendaftaran anak teman sendiri, kalau takda seribu tunai didalam poket, tak terdaftar anak pada hari pendaftaran itu. Dan lagi apabila ditoleh sekeliling sekolah, kereta-kereta yang parkir  banyak yang berjenama dan jika pemiliknya tidak berpendapatan tinggi adalah mustahil untuk memilikinya.

"Kalau benar pengambilan pelajar ke boarding school ini adalah untuk pelajar kurang berkemampuan, kenapa disertakan sekali penyata bayaran yang mana apabila dikira dan dicongkak sudah tentu menggerunkan kepada mereka dari keluarga yang kurang berada untuk pergi mendaftar anak mereka. Apatah lagi untuk menyekolahkanya disana", tambah sahabat teman.

Teman terdiam tetapi tidak mahu membuat andaian mengenai perkara ini kerana tidak tahu akan kebenaranya. Tetapi, jika ia  benar, ini adalah serius dan bermaksud kita telah menzalimi hak mereka yang berhak. Teman berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian.

Secara jujurnya, teman pun melihat ketika ini ada yang menghantar anak keboarding school bukanlah setakat untuk melihat anak berjaya tetapi terdapat golongan ibubapa yang menjadikanya sebagai status untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan mereka mendidik anak kepada masyarakat walahal mereka tidak perlu berbuat demikian kerana mereka sememangnya mampu menyediadakan pendidikan yang lebih baik dirumah mereka.

Wallahualam.




Tuesday, May 15, 2012

Jangan Percaya Bulat-Bulat, Cek Dulu

Mencari tempat parkir bila pergi shopping dihujung minggu memang memeritkan. Tapi teman tidak merungut sangat sebab inilah harinya untuk enjoy satu family. Daripada berpusing-pusing mencari parkir disetiap tingkat, teman memilih pendekatan, menunggu kereta sehingga keluar parkir dan mengambil alih tempatnya. 

Strategi ni pun tak selalunya berjaya tetapi lebih menyenangkan tanpa perlu menjenguk kiri dan kanan berlumba2 dengan pemandu lain untuk parkir.  Cuma yang agak melegakan kebelakangan ini, telah mula terdapat pusat membeli belah yang menyediakan perkhidmatan lampu makluman bagi memudahkan parkir. Apa yang perlu, pemandu hanya perlu mencari lampu hijau yang terletak dibahagian atas parkir. Jika hijau maksudnya parkir kosong dan merah adalah sebaliknya.

Tapi yang teman nak cerita kali ini bukan pasal parkir kosong tapi ketinggian bumbung parkir. Bulan lepas, nak dijadikan cerita teman pergi ke Hentian Pudu Raya nak hantar anak naik bas. Masa tu teman gunakan van. Masa memanjat bangunan stesen, teman dah tak sedap hati sebab dapat rasakan bumbung parkir agak rendah untuk van masuk.

Tapi teman teruskan juga dengan andian tempat parkir dibuat sekurang-kurangnya mesti secukup tinggi untuk van.  Pada bumbung pertama dan kedua, jelas kedengaran area radio van melanggari palang bumbung parkir. Kalau dua bumbung pertama ok, tentu yang lain pun ok juga, fikir teman. Lalu teman teruskan untuk memasuki palang bumbung ketiga. Kali ni agak berbeza dengan palang bumbung sebelumnya.


Kalau dua palang bumbung sebelumnya mempunyai lorong laluan yang mendatar tapi pada palang bumbung yang ketiga betul-betul dibawahnya ada lereng kecil mendaki untuk menaiki ke tingkat seterusnya.


Hati teman dah berdebar. Nak terus nanti bumbung akan tersagat palang disebabkan oleh lereng. Kalau nak berpatah bukannya mudah disebabkan lorong parkir agak kecil dan beberapa kereta sudah menunggu di belakang.

Dalam terkial-kial berfikir, teman ternampak ada beberapa orang pemandu teksi berbangsa India dan Cina memberi isyarat tangan. Mereka pun nampat macam teruja melihat van teman yang macam nak tersangkut.

So teman dengan spontannya terus mengeluarkan tanda isyarat bertanyakan OK ke untuk teman meneruskan van kehadapan. Pemandu2 teksi yang duduk ditepi koridor parkir nampak macam memberi respon kepada isyarat teman. Yang berbangsa India teman nampak ia mengerak tangan dari kiri kekanan seolah2 memberi isyarat kepada teman untuk terus maju kehadapan. Yang berbangsa Cina pula memusingkan tapak tangan juga kekiri dan kekanan juga seolah2 memberi isyarat Go sign yang sebenarnya selepas itu bila dikir balik baru teman perasan isyarat itu mungkin bermaksud jangan. Tapi dah terlambat.

So, dalam keadaan yang kelam kabut, melalui isyarat tersebut teman pun mengintreprasikan bahawa adalah selamat untuk kehadapan lebih-lebih lagi  teman dapati, masih ada ruang antara van dan palang setelah meraba-raba bumbung van dari aras temapt duduk pemandu.

So dengan confidentnya teman pun perlahan-lahan mengerakkan van kehadapan.


Apa lagi. Kedengaralah bunyi 'krak..krakk...krakk..." yang kuat keluar dari atas bumbung van teman. Dengan serta merta teman hentikan van dan terus keluar melihat keadaan bumbung. Oh My God..., bumbung van teman dah kemek bergesel dengan palang bumbung parkir. Bila teman toleh kepada pemandu2 teksi yang beri isyarat OK tadi, teman lihat semuanya hanya mengeleng-geleng kepala. Tak seorang pun yang datang ke van teman untuk memberi pertolongan.

Ini masalah besar, fikir teman. Nak kedepan pun tak boleh dan kalau mengundur, bumbung van akan tersagat lagi. Dan Kereta dibelakang pun banyak menunggu untuk naik. 


Pilihan yang ada pada teman ketika itu, hanyalah mengundurkan van secara paksa dan naik keatas penghadang koridor yang agak tinggi yang kebetulannya mempunyai sedikit ruang untuk memusingkan van dan seterusnya keluar dari kawasan parkir secara menyongsang arah.


Ketika mengundur, kedengaran lagi bunyi seretan yang kuat dari atas bumbung van. Habislah lagi van teman. Tapi nak buat macam mana. Setelah memusing2 stereng berkali-kali, akhirnya teman berjaya membawa keluar van dari kawasan parkir.


Debaran2 kejadian masih berlaku walaupun setelah 30 minit melolus keluar.


Marah dan geram dengan pemandu2 teksi yang buat tidak tahu bila kemalangan berlaku memang menyakitkan hati. Tetapi kesilapan sendiri yang terlau percaya kepada mereka dan tidak memastikan betul-betul akan situasi ketinggian parkir amat menginsafkan.


So Moral of the story kali ini....

"Jangan Percaya Bulat-Bulat Cakap Isyarat Orang. Cek Dulu Sebelum Buat Sesuatu" memang tepat dengan insiden ini.

He..he..




Thursday, May 10, 2012

Yeh, Dato Bandar Dah Reply...

Pada awal May bulan ini, teman ada post satu artikel dlm blog ini yang menyindir golongan birokrat khususnya Dato Bandar Ipoh yang tak ambil pusing membaca dan membalas mengenai cadangan orang ramai memperbaiki taraf bandaraya dalam facebook beliau .

Hendak dijadikan cerita, pagi tadi bila teman buka facebook, dpt massage drp Dato Bandar. Terkejut teman. Lepas 5 bulan baru dia reply. Ingatkan isu ini dah habis.

Proposal teman tu takdelah apa sangat. Dato bandar pun takde janji apa-apa. Tapi kesungguhan Dato Bandar reply wlwpun lama dan lambat agak mengujakan.
So, moral of the story.

Jangan cepat buat andaian bukan2. Siasat dulu. Nanti tak fasal2 kena panah petir. He..he..

Maaf Ya, Dato.

Ganbare Ipo ( Ayoh,Ipoh Maju).....
 
 

Wednesday, May 9, 2012

Dah Kena Belanja Ucaplah Terima-Kasih

'Warikan' adalah perkataan yang sering diguna oleh orang Jepun sebelum masuk kedai makan beramai-ramai.

Tapi apa itu 'warikan'.

Dalam bahasa Melayunya, "Sendiri Makan Sendiri Bayar". 

Nampak kasar bunyinya, dasar bangsa kedekut. Tapi apa kurangnya dengan kita. Sekali sekala bolehlah. Tapi kalau kerap, lain pulak jadinya.

Dalam pada waktu yang sama, banyak juga masa yang kita di"belanjakan". Teman mengalaminya dan begitu juga agaknya dengan tuan-tuan kerana sebagai manusia yang hidup bersosial, makan bersama boleh merapatkan perhubungan.  Dalam kes teman, teman sering dibelanja makan terutama sekali oleh senior dan boss sewaktu berkhidmat disebuah firma di Jepun. Diwaktu itu, makan  free memang menyeronokan. Sekarang pun sama juga. Tapi bila dibelanja free diwaktu itu, ada syaratnya. 

Pertama. Adalah pantang untuk makan sebelum boss makan. Kalau nak makan dulu, mesti minta izin dengan boss. Bila dia kata okey, baru makan.Syarat ini juga, sama walau pun di 'warikan'. Kena respek orang tua.

Kedua. Mesti ucap 'itadakimasu' sebelum makan. Kemudian mesti ucap "gochisousama" selepas makan. 'Itadakimasu' dalam bahasa Melayunya "Bismillah" kot. Manakala 'gochisousama' pula adalah 'alhamdullilah' kot. Perkataan kot digunakan sebab tiada terjemahan tepat dalam bahasa Melayu dan untuk makluman dua perkataan ini tiada kena mengena dengan kepercayaan agama mereka.

Ketiga. Walaupun tak sedap, mesti puji makanan yang dibelanja.

Terakhir iaitu ke Empat. Mesti ucap terima-kasih dengan suara yang jelas kepada mereka yang belanja kita.   

Wah... Banyaknya protokol. Tapi itulah protokol yang teman terpaksa ikut semasa bertugas di firma tersebut. Dalam berhati-hati pun, teman selalu juga kena tegur dengan boss dalam bab ini.

Teman bersyukur, budaya yang baik ini teman terbawa-bawa bila pulang ke Malaysia. Disini teman selalu dibelanja dan membelanjakan. Budaya ini juga tidak asing di Malaysia kerana ia adalah sebahagian daripada adab budaya kita juga.

Cuma setelah sekian lama di Malaysia, baru teman terperasan, protokol Satu dan Dua secara amnya tiada masalah tapi tidak dengan protokol terutamanya yang ke Empat yaitu ramai yang tak pandai ucap terima-kasih bila kena belanja.  Begitu juga dengan protokol Tiga. Jarang mendengar orang kita memuji makanan.

Kenapa ye.... 



Monday, May 7, 2012

Sejarah Kampung Budu

Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. •

Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. •

Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. •

Mengalirnya Sg Teka yang mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang menhubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, mat Kilau dan pihak Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat anugerah Allah SWT iaitu permata emas. •

Kg Budu secara spesifik merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi benteng pertahanan iaitu bukit raya (Bukit tacing), Bukit Gong (Bukit Perangin) dan Bukit Engku. •

Telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan YB Hj Abdullah bin Hj Akil, Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein, Hj Abdul Samah bin Hj Idris , Hj Zakaria bin Hj Taha , Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin , Dato’ Suhaimi bin Ibrahim dan Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak. •

Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang.

Di kalangan Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, • Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu. • Perbalahan sesama sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu.

Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar, ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari. Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford. Akibat dari peristiwa itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis.

Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang, Orang Kaya Lipis(Tok Teh), Wan Lingga dan Tengku Samad dari Raub. •

Setelah lebih se-abad berlalu, peristiwa perbalahan antara pembesar-pembesar itu tidak banyak bezanya hingga ke hari ini. Akibat dari perebutan kuasa antara pemimpin-pemimpin sekarang ke atas Mukim Budu, tiada sebarang pembangunan dapat dinikmati dan dilaksanakan. Hari ini, Mukim Budu dilihat sebagai antara mukim yang masih mundur dan tiada satu hala tuju pembangunan yang mampan. •

Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim Budu antaranya: • Perigi Sejarah mat Kilau • Kubu Parit Dalam • Kubu Tualang Padang • Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya • Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama • Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan.

Di petik daripada wikipedia

Budu Estete

Papan tanda pada jalan masuk estate
Nama estate ini kalau sekali dengar memang agak menarik. Seolah2-olah ada orang kelantan yang tak boleh melupakan budu yang membuka estate ini. Sebenarnya estate ini tidak ada kena mengena dengan orang kelantan. Budu Estate adalah sebuah ladang getah peninggalan British yang terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang.

Nama estate ini diambil mungkin kerana kedudukan estate yang terletak di Mukim Budu, Benta Pahang.

Budu Estate mempunyai sejarah yang agak lama yang mana satu ketika dahulu pengurusan tertinggi estate adalah di monopoli oleh orang Eropah dengan majoriti pekerjanya adalah orang india diikuti dengan Melayu dan Cina,

Jambatan gantung dibina oleh pihak estete selepas
jambatan asal
dirosak banjir besar pada tahun  1971

Estate ini menjadi kenangan teman secara peribadi kerana ayanda dan bonda teman pernah bertugas diestete ini dan teman sendiri secara peribadi sempat mendiami estete ini sewaktu teman kecil.

Ayahnda teman telah pun lama bersara dan menurut ayahnda, beliau telah  bekerja diestate ini sejak beliau remaja sebelum berpindah. Ketika itu beliau bekerja sebagai penjaga injin dandang (boilerman).

Bonda teman pula diwaktu itu bekerja sebagai amah dirumah pengurus berbangsa Eropah di estate ini dan sehingga kehari ini bonda teman masih ingat dan sering menceritakan pengalaman beliau kepada cucu-cunya akan kerenah keluarga pengurus2 berbangsa Eropah ketika beliau masih bertugas. Banyak cerita2 bonda yang menarik untuk dikongsi yang mana teman jika ada peluang akan muatkan diruangan lain kelak.

Sewaktu kecil, seingat teman, estate ini mempunyai segala kemudahan asas untuk pekerjanya. Estate ini bukan sahaja menyediakan rumah untuk para pekerjanya malah terdapat sebuah sekolah untuk kemudahan anak-anak pekerja untuk belajar disamping sebuah hospital dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Di estate ini terdapat sebuah bas awam yang sentiasa keluar masuk bagi membolehkan pekerja berhubung dengan dunia luar  dan yang paling menonjol adalah estate ini mempunyai sebuah rumah kelab (club house) yang walaupun eksklusif hanya untuk pengawai berbangsa Eropah berkumpul dan berhubung sesama mereka menunjukan kehebatan pengurusan berbangsa Eropah ketika itu yang mana telah memahami akan keperluan menjaga keselesaan pegawai dan pekerjanya dalam memastikan pengeluaran ladang ditahap yang paling optimum. 

Adalah sukar untuk dibayangkan estate yang hanya seluas 4,300 hektar ini dapat menyediakan kemudahan jauh lebih baik dari ladang-ladang yang seumpamanya ketika ini yang lebih besar. Ladang-ladang ketika ini sudah kurang atau tidak lagi menyediakan kemudahan seumpama itu. Ini mungkin disebabkan oleh pola pekerja ladang yang berbeza ketika ini  yang mana bergantung dengan pekerja asing.

Budu Estate dihari ini juga telah jauh berubah daripada Budu Estate dibawah pengurusan berbangsa Eropah dahulu. Budu Estate dihari ini yang telah beberapa kali bertukar milik, sudah tidak mempunyai apa yang ada dizaman kegemilanganya.

Estate ini jika dahulu getah adalah komoditi asasnya kini telah ditukar kepada kelapa sawit yang lebih mudah untuk di urus. Kilang getahnya juga telah ditutup, begitu juga dengan kemudahan hospitalnya. Rumah Kelabnya juga telah usang dan mungkin akan dirobohkan kerana tiada lagi keperluan pengunaannya seperti dahulu.

Apa pun Budu Estate adalah tetap meninggalkan kenangan dalam hidup teman.

 








Saturday, May 5, 2012

Alangkah Idealnya


"Kerajaan bukan BN, BN bukan kerajaan, Pakatan bukan pembangkang, pembangkang bukan pakatan. BN boleh jadi pembangkang yang baik kerana tahu selok belok tadbir negara. Pakatan boleh jadi kerajaan yang baik pasal tak tahu main rasuah lagi. kita mesti jadikan negara dua parti yang mana tiada parti dominan yang memerintah agar tiada salahguna kuasa."

Kedai Runcit Orang Aceh

Dalam pada melayari blog, teman terjumpa aduan mengenai kehadiran peniaga runcit berbangasa Aceh yang tumbuh bagai cendawan di Kuala Lumpur. Menarik apabila diutarakan mengenai kehadiran mereka.

Teman memang telah menyedari lama mengenai ativiti mereka terutama di sekitar Chow Kit dan Kg Baru du Kuala Lumpur. Barangan yang dijual adalah pelbagai dan harga ditawarkan juga agak menarik.

Secara dasarnya teman tiada halangan untuk mereka membuka kedai runcit sebanyak mana yang mereka mahu asalkan pembukaan kedai-kedai ini mendapat kebenaran daripada penguasa tempatan.

Teman merasakan tidak perlu kita mengusari kehadiran mereka kerana tanpa kehadiran peniaga runcit Aceh ini pun, Malaysia sudahpun dibanjiri oleh hypermarket-hypermarket yang pemiliknya bukan rakyat Malaysia. Jika kita gusarkan peniaga Aceh mengunakan pekerja Indon dikedai-kedai mereka, apa bezanya dengan hypermarket-hypermarket yang terdapat diseluruh pelusok tanahair. Pekerja tempatan hanyalah sebahagian daripada keseluruhan pekerja asing.

Keuntungan yang diperolehi oleh hypermarket2 ini sudah semestinya akan dibawa pulang kenegara asal malah dengan kadar yang jauh lebih besar berbanding dengan peniaga2 Aceh. Malah lebih memburukkan keadaan, hypermarket2 ini bukan sahaja telah menyebabkan peniaga2 Melayu bumiputera dikawasan luarbandar ditutup kerana tidak dapat bersaing malaanh pengeluar2 barangan makanan kecilan setempat seperti pembuat kerepek, dodol dan sebagainya juga tidak dapat lagi memasarkan produk mereka kerana tidak mampu mengikuti piawai-piawai pelik yang dikenakan oleh hypermarket2 ini.

Dipendekan cerita, teman merasai kerajaan memang tidak berminat atau berniat untuk membantu golongan peniaga runcit bumiputera kerana mereka adalah golongan minoriti yang tidak memberi kesan dan pola undi kepada mereka berbanding dengan pembeli yang lebih ramai. Segala tindak tanduk kerajaan ketika ini adalah lebih untuk mendapat undi popular berbanding dengan tanggungjawab fardu kifayah didalam memastikan usahawan Melayu islam masih boleh terus bersaing dan membekalkan makanan halal. 

Sekurang-kurangnya dengan kehadiran peniaga Aceh beragama Islam, mereka  ada mengeluarkan zakat dan masih membeli produk IKS keluaran bumiputera kecilan yang yang amat memerlukan jaringan pemasaran berbanding dengan hypermarket2 multinasional yang sudah pasti tidak membayar zakat kerana terdapat barangan jualan yang tidak halal dijual oleh mereka.

Selagi kerajaan tidak berniat untuk melaksanakan tanggungjawab fardu kifayahnya, lupakan sahaja isu ini kerana hypermarket bukan muslim seperti Giant, Tesco, Econsave, Carrefour, KipMart, TJ Mart, S Mart, Jusco, dan sebagainya telah pun mendominasi pembekalan makanan yang menjadi darah daging kita.  Lupakan jugalah akan kehadiran supermarket bersaiz sederhana seperti Gedung Harian, KINI, dan banyak lagi yang mana semuanya ini adalah saigan tegar yang hampir mustahil untuk peniaga runcit bumiputera menyainginya.

Walaupun kehadiran Mydin dan KR1M sedikit sebanyak telah dapat mengubati, tetapi apabila memikirkan keuntungan perniagaan adalah dimonopoli oleh keluarga yang sama, kita rakyat marheam hanya gigit jari sahajalah.

Wallualam.


Tuesday, May 1, 2012

Pe dan Pei

Masa teman darjah satu dulu-dulu (awal 70'an),  sempat teman diajar bahawa ejaan Bahasa Melayu terdapat dua "e"  iaitu "è" tanda dan "e" biasa. Pengunaan "e" biasa ini contohnya adalah Merah (dibunyikan meirah) manakala "è" pula adalah  Pèdang / Pèlangi.  

Perbezaan yang jelas ini menjadikan vowel dalam bahasa Melayu ketika itu kepada 6 huruf iaitu "a,e, i, o, u, è" dan tidak seperti sekarang hanya lima. Tetapi tak lama selepas tu, huruf "è" dihapus dan semua vowel yang berkaitan dengan "e" dan "è" diselaraskan kepada "e" biasa sahaja.

Teman tak pasti kenapa kerajaan melupuskan pengunaan "è". Cuma teman boleh agak sebab huruf "è" tiada dalam mesin taip. Jadi untuk menaip "è" setiap kali penaipan akan diikuti dengan penandaan secara manual  tanda atas "e" tentu agak meyukarkan. Lalu dihapuskanlah penggunaan "è".

Kesan daripada kehilangan "è" amatlah besar dan kadang-kadang ia menjadi pelik dan mengelirukan. Pernah teman tengok filem cina yang terjemahanya memeningkan teman.

"Panglima Han mengambil baju perang untuk pergi berperang."

Ayat diatas merujuk kepada warna baju atau kegunaan baju?.   "Baju Perang" merujuk kepada warna baju manakala Baju Pèrang merujuk kepada pengunaan baju. Yang mana satu betul?. Kalau teman tidak menonton rancangan tersebut,  kita tidak akan tahu makna tepat ayat diatas.

Kehilangan "è" juga menjadikan sesuatu bunyi itu kelakar. Contohnya Negeri Perak . Juga boleh disebut sebagai Negeri Pèrak.  Manakala Negeri Kèdah boleh jadi kool pulak sebutanya iaitu Kedah (kaydah). 

Jadi teman terfikir agak lama juga nak selesaikan masalah sebutan ini, sehinggalah satu hari teman terfikir. Kenapa tak tambahkan saja huruf "i"  sahaja supaya bunyinya menjadi "ei". Contohnya "Merah" diubah kepada "Meirah", "perang" (warna) diubah kepada "peirang". Perkataan yang mengunakan vowel "è" pula dikekal kepada "e" sahaja. Contohnya "Perang" (war) tetap kekal sebagai "Perang".

Selesai satu masalah.

Tapi kenapa DBP taknak ubah aganye ye?.

Wallahualam.

 


 




Next Please

"Next Please". Inilah perkataan yang sering didengar bila berbaris nak bayar sesuatu.

Terfikir juga, dalam bahasa Melayunya ape ye.

Takde ke perkataan Melayu yang boleh ganti "Next".

"Berikutnya"...  hmmm.. Tak sesuai. Macam payah nak sebut.

So teman try check dgn pakcik google. Dan ikut kata pakcik google ia boleh disebut seperti ini.

"Seterusnya, sila" ....

OK tapi gabungan 2 perkataan ini agak pelik. Jadi apa kata ambil sebelah je untuk ganti "Next Please" iaitu;

"Seterusnya.."

Macam OK tapi bunyinya tenggelam bila disebut kuat-kuat, Dan Macam susah je nak faham dan boleh konfius je.

Tak de ke bahasa Melayu yang sesuai dan mudah di sebut.

So, teman cuba tanya pakcik google sekali lagi. Tapi kali ini dalam bahasa Indonesia pulak. Menarik juga terjemahannya yang mana bunyinya begini;

"Berikutnya, silakan"

Hmm.., lebih sopan. Terjemahan google dalam Bahasa Indonesia nampak gayanya lebih lunak.

Jadi bolehlah guna kita guna  "Berikutnya, silakan" ganti "Next" agaknya.

Walahualam.






Surat Ke Dato Bandar Ipoh

Pada awal tahun ini (Jan.2012), entah apa pasal tiba-tiba teman beriya-ria nak menyumbang idea kepada Dato Bandar. Sebab teman fikir, tentu Dato Bandar sibuk dan kalau ada idea tentu dia alu-alukan. Semangat nak menulis makin berkobar  bila tak disangka Dato Bandar terima teman jadi dia punya friend dalam Facebook.

So, teman hantarlah message kpd Dato Bandar Ipoh dengan ayat2 disusun seperti berikut;


"Askm Dato,

Saya nak cadangkan Dato perkenalkan program "Mind Your Own Yard (MYOY) " di Bandaraya Ipoh Sempena Tahun Melawat Perak 2012. Objektif Program MYOY adalah untuk menjadikan Bandaraya Ipoh bebas sampah terutama di kawasan kaki lima di lot-lot kedai didalam bandaraya Ipoh.

Program MYOY adalah satu program kesedaran yg amat mudah yang mana pihak DBI menjalankan kempen untuk pemilik atau penyewa premisis dan atas usaha mereka sendiri mengutip dan membersihkan sampah yang terdapat dihadapan laman kai-lima primesis mereka.

Kekotoran sampah dihadapan kaki lima kedai mereka berlaku bukan sahaja kerana tiada kesedaran sivik tetapi juga adalah sikap mengharapkan majlis membersihkanya hanya semata2 kerana mereka telah membayar cukai pintu.

Jika setiap pemilik kedai mengambil hanya sedikit inisiatif mengutip sampah dihadapan kedai mereka, saya yakin Ipoh akan menjadi BANDAR CONTOH menunjukan bagaimana penduduk dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dlm mengindahkan bandar.

Program ini tidak memerlukan dana yg besar. Selain drp kempen, kerjasama persatuan penduduk, peniaga, penjaja dan NGO tempatan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik.

Salam kpd Dato dan mendoakan Ipoh mengembalikan kecerian dlm menarik lebih ramai pelancong.

T.kasih"

Dan seperti yang di jangka,  proposal teman  tak di terima tu biasale. Tapi yang mengejutkan,  message teman pun langsung tak dilayan.Paling kurang pun, kalau dia cakap Terima-Kasih pun teman dah happy.

Moral of the Story;

"Kalau nak Idea kita di dengar, Kita kena pakai baju kuning buat demo kat dataran. Kalau tidak, buang masa saja tulis message"

Tak kan sampai begitu sekali kot.


He..He....





Maaf Encik, Boleh Tumpang Lalu.

Teman memang selalu pergi shopping dengan anak-anak. Paling kurang, 2 kali sebulan. Shopping memang membosankan. Tapi nak buat macam mana. Kalau tak pergi, tak berasaplah dapur.

Kat Ipoh, teman rajin pergi ke Econ Save. Bukan nak promo, tapi sesuai dengan namanya, teman dapati harga Econ Save lebih rendah berbanding Tesco mahu pun Giant. Dengan Mydin tak dapat nak compare, sebab Mydin kat Jelapang masih dalam pembinaan. Dengar cerita Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) lagi murah. Yalah agaknya, tapi tak berpeluang nak pergi, sebab terletak jauh sikit dari rumah. Kalau pergi juga, tambah duit minyak, kos teman lagi lebih. Tak berbaloi sangat.

Shoping kat hypermarket ini memang banyak pilihan. Pilih sajalah barang-barang yang berjenis-jenis yang ada kat rak. Ambik sajalah apa yang nak, selagi dompek tak kering.

Secara teorinya, shoping di hypermarket adalah menjimatkan,  tapi realiti adalah disebaliknya. Masakan tidak, bila tengok barang banyak, mata mula jadi rambang, bila mata dah rambang, akhirnya barang tak perlu pun habis digendong. Dan bila balik rumah, kira punya kira baru perasan bajet over. Masa tu baru nak melompat, tapi dah terlambat.

Rintitan teman kali ini bukan nak cerita sangat pasal hypermarket. Cuma tak faham dengan sikap pembeli-pembeli yang tak peduli pelanggan lain. Depa ni, main pakai redah saja. Tak kira kita tengah belek-belek barang ke apa ke, asalkan ada ruang sempit, depan kitalah mereka nak lalu. Kalau nak lalu pun, payah sangat ke nak cakap, "MAAF ENCIK, BOLEH TUMPANG LALU".

Kalau ruang benar-benar sempit, teman boleh terima jugalah. Itu pun, berbahasa sikitlah.

Trend redah depan orang ini teman tengok bukan kat hypermarket saja. Kat kedai buku ke, kedai runcit ke, hatta tahkala kita sedang berbual pun, alih-alih berduyung-duyung dia orang berjalan mencelah diantara kita.yang sedang berbual ini.

Where's Your Manner Dude!. Madam pun 2 x 5.

Patutlah Mat Salleh masih kata Malaysia ni 3rd World.

Yang dia orang cakap 3rd World tu bukan sangat fasal infrastruktor negara kita yang kurang, tapi ADAP kita yang kurang.

Macam mana nak Educate orang kita tentang perkara se simple ni ye.


Wallahualam.



Monday, April 30, 2012

The Return of Aidid Mu'addib ?

MLM adalah satu industri yang besar. Ramai kekawan yang joint MLM. Yang success pun ada. Tahniah untuk mereka.

Disebalik keghairahan MLM, banyak juga cerita yang tak sedap. Yang hilang duit pelaburan tu biasalah. Tapi bila sampai hilang kawan dan bini, ini sudah cerita lain. Dalam memahamkan lagi apa itu MLM, muncul pelbagai blog yang menyokong. Tapi yang menarik perhatian adalah blog kepunyaan Aidid Mu'addid.

Blog Aidid adalah antara blog yang paling hangat diperkatakan. Bukan sahaja didunia siber, malah dikalangan 'pengusaha-pengusaha' MLM.  Blog Aidid ini, saban minggu ada sahaja cerita-cerita sensasi yang dibawanya. Sensasi bukan setakat bahasa kasar yang dia pakai, tapi kandungan kupasan yang menghentam syarikat dan individu tertentu dlm industri MLM.

Teman pun dah jadi macam pembaca setia blog Aidid. Mengikuti blog beliau dah hampir setahun. Itu pun secara tidak sengaja semasa men'google'. Hinggalah pada awal tahun ini,  tiba-tiba blog beliau telah diremove.

Apa sebab diremove, teman tak pasti. Ada yang kata, SKMM yang arah. Ada yang kata, cover Aidid dan terdedah.

Apa pun teman sedih juga. Bukan sedih sebab tak dapat baca celoteh kasar Aidid. Tapi,memikir apabila  info menarik yang banyak boleh dibelajar dalam blog tu hilang. Hu..hu..huu..

Tapi, tak semena-mena hari ini, bila teman klik bookmark Aidid pada browser, Hawla... Blog Aidid muncul semula. Blog Aidid memang teman dah bookmark lama dulu. Ingat nak delete, tapi lain pula jadinya.

Tergamam kejap teman. Ini big news.

Aidid dah nak aktif balik agaknya. Walaupun, kadungan blog beliau kali ini agak lama, teman tetap lega. At least, a juga bloggers yang  berani seperti Aidid mempertengahkan kebenaran, walaupun  ia pahit untuk ditelan.

Welcome Back Aidid.





Tuesday, April 17, 2012

Misteri Pembukaan Kg Tulang Padang

Moyang kami adalah peneroka asal kampung Tulang Padang.  Masa kecik aku memang hairan dengan kedudukan kampung ini. Diantara kampung-kampung yang ada, kampung Tulang Padanglah kampung yang paling terpencil duduk jauh ditengah2 hutan. Pekan yang terhampir dengan kg ini ialah Pekan Benta iaitu sebuah pekan yang terletak diantara bandar Raub dan Kuala Lipis di Pahang.

Walaupun pekan Benta hanya 30Km dari kg, perjalanan untuk ke pekan ini mengambil masa 1 hari. Ini adalah masa yang diambil oleh org-org kg duhulu ketika kampung Tulang Padang masih belum mempunyai jalan. Pada waktu itu, pekan Benta merupakan nadi kpd penduduk kampung mendapatkan bekalan seharian selain drp menjual getah yang telah ditoreh.

Rajah-1 Kedudukan Kampung Tulang Padang.

Kehairanan aku ialah, kenapa moyang memilih kampung yang jauh didalam hutan untuk diterokai sedangkan masih banyak lagi tanah-tanah berhampiran bandar seperti Raub dan Kuala Lipis yang boleh dibuka.

Jika dahulu pembukaan kampung , berhampiran dgn sungai adalah kelebihan. Sungai bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk utk berulang-alik dan seterusnya berhubung dgn lain2 kampung tetapi sungai juga boleh menjadi sumber mendapatkan protin.

Kampung Tulang Padang bukan sahaja tiada sungai yang boleh dimudiki, kedudukanya yang dikelilingi oleh banjaran2 tinggi juga menyukarkan aku untuk memahami justifikasi penerokaannya oleh moyang-moyang aku.

Namun apabila ditanya asal usul moyang, sewaktu kecil arwah atok pernah mengatakan moyang-moyang kami adalah dari orang-orang istana yang melarikan diri. Sewaktu mendengar cerita arwah atok, aku menganggap hanya dongengan dan sukar untuk mempercayai orang2 istana tinggal didalam hutan dengan begitu daif sekali. Kerana itu aku tidak pernah bertanya kenapa mereka melarikan diri,.

Tambah arwah atok lagi, kumpulan keturunan kami yang ada di kampung Tulang Padang ini adalah pecahan kepada kumpulan yang berada di Tapah, Perak. Arwah atok datang kekampung kerana mengikuti arwah moyang berhijrah dari Tapah, Perak melewati Banjaran Titiwangsa dan berpecah di daerah Raub dan Lipis.


Misteri pembukaan kampung ini begitu lama tersemat didalam hati sehinggalah pada satu hari ketika aku melayari Google Earth barulah aku nampak akan justifikasinya dari segi logistik selain daripada cerita2 lama yang disampaikan oleh org2 tua melalui mulut ke mulut.


Rajah-2 Rajah disebelah adalah gambaran aku akan perjalanan moyang berhijrah mencari kehidupan baru yang berakhir di Kampung Tulang Padang.

Melalui google baru aku sedar, jarak Tanjung Malim dan Raub adalah adalah berhampiran. Moyang2 aku pada waktu itu mengunakan jalan-jalan darat melepasi banjaran Titi Wangsa. Menurut ibu ku, terlalu banyak barangan yang dibawa oleh moyang2 ketika itu dan oleh kerana kesukaran perjalanan, sebahagian besar barangan berharga ditanam dan tinggalkan dilaluan tersebut. Antaranya adalah pinggan mangkuk istana yang berlambangkan kelawar.

Ibu ku sendiri tidak pasti akan ketulinan cerita, tetapi jika ini benar mungkin boleh menarik perhatian hangat pencari dan peminat harta karun dan artifek lama.

Dengan kemajuan internet aku cuba menjejak asal usul keturunan keluarga. Maklumat yang aku perolehi setakat ini, besar kemungkinan moyang2 aku adalah dari keturunan Rawa yaitu satu etnik minoriti Melayu yang berasal dari kerajaan Pagar Ruyong.

Kumpulan etnik Melayu Rawa ini  telah berhijrah ketanah Melayu sejak zaman kerajaan Melaka tetapi paling ramai berhijah pada pertengahan sehingga hujung abad ke 19 akibat peperangan dengan kolonial Belanda ketika itu.

Kumpulan etnik Melayu Rawa banyak mendiami di daerah disekitar Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Jumplah etnik Rawa disemenanjung dikatakan berjumlah 250,000 orang dan masih terdapat 150,000 orang lagi ditempat asal mereka di Sumatera Barat.

Keyakinan aku mengenai salasilah keturunan aku daripada etnik Melayu Rao berdasarkan kepada beberapa adat-resam dikampung kami yang menyamai adat etnik tersebut diantaranya upacara memijak tanah untuk bayi. Namun demikian, banyaklagi kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui kesah sebenar.

Ini adalah kerana dialek yang digunakan oleh masyarakat kampung ini amat berbeza dgn dailek etnik Melayu Rao yang lebih mirip kepada etnik Minang. Menurut kajian, ini adalah sebabkan oleh faktor2 keselamatan diri dan keturunan mereka Sebagai contoh, org2 rawa didaerah Raub banyak yang tidak mengunakan bahasa asli Rawa tetapi guna bahasa orang Hulu Pahang.

Adalah difahamkan sudah 3 atau 4 generasi yang tidak mengunakan bahasa ini lagi. Ini disebabkan mereka tidak mahu dikenali sebagai org Rawa kerana rata2 mereka adalah pahlawan2 Rawa dari Perang Padri yg melarikan diri dari buruan. Contohnya spt keturunan Panglima Tegu dari Talu, Imam Perang Padang Matinggi/ Rajo Pasak, Panglima Sutan bin Jo Pogang, Panglima Alam, Imam Perang Jembang dll. Ini adalah bagi contoh orang-orang Rawa yang datang sekitar 1830an hingga 1840an.

Ada juga orang Rawa yg datang merantau kemudian dalam abad ke20. Kelompok ini lebih kpd merantau mencari penghidupan baru dan mencari pekerjaan. Kelompok inilah yg masih mengekalkan pertuturan asal mereka.

Berbalik kepada
kampung Tulang Padang, nama kampung ini menurut cerita orang tua-tua diambil dari sempena nama seorang asli yang bernama Badang terjatuh dari pokok tualang ketika mencari madu lebah.  Sejak itu kampung ini dikenali sebagai Tualang Badang tetapi nama tersebut berubah kepada Tulang Padang bermungkinan berkaitan sebutan oleh pendaftar ketika pendaftaran kampung dibuat ketika itu.


Wallualam.


 

Monday, April 16, 2012

Dera Anak Untuk Hukum Bapak


Ramai ibu bapa beranggapan adalah memadai menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak kepada guru dan sekolah, sedangkan mereka tidak sedar akan kesannya. Anak2 yg diabaikan disekolah akan tertekan dan malu apabila sering berasa keseorangan tanpa sokongan keluarga. 

Menurut kajian adalah dianggarkan terdapat banyak keluarga berdepan konflik ini hingga akhirnya pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan drastik. 

Tindakan drastik yang digunakan oleh pihak sekolah dan guru adalah menggunakan pendekatan alternatif  iaitu 'mendera' ibu bapa dengan menghukum anak-anak mereka dengan harapan cara ini akan membuka ruang perbincangan. 

Bagaimanapun, ia masih gagal apabila ibu bapa menyalahkan sekolah dan guru atas tindakan itu sehingga konflik bertambah buruk dengan serangan balas antara satu sama lain.

Bagi mengelakan perkara ini berterusan ibubapa perlulah proaktif turut serta didalam pembelajaran anak-anak mereka. Kaedah efektif yang disarankan boleh dilakukan ibu bapa untuk menunjukkan komitmen terhadap anak, guru dan sekolah ialah;

Menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan.
Menyertai komuniti ibu bapa - guru di sekolah
Sentiasa bersama mengambil bahagian bersama anak di rumah.
Sentiasa berhubung dengan sekolah dan guru

Selamat Berjaya.

Pelombong Emas



just nak kongsi cite, 


Kg family sebelah bapak teman banyak di Raub kat Pahang. Raub kaye dgn emas. menurut arwah nenek, zaman dulu2, kalau cabut pokok paku, ade emas kat umbutnye. begitulah banyaknye emas kat Raub. emas kat bandar raub memang dikorek dgn banyak sebelum merdeka. ramai sdr mara teman yg keje kat situ. menurut arwah pak sdr, checking kuar masuk pekerja oleh sytemas memang ketat. maklumlah takut emas dicuri keluar. so, ade antara pekerja bawa pisang untuk lunch. depa masukan emas dlm pisang dan telan waktu lunch. telan ikut belakang ka, ikut depan ka, gua tak pasti. yg pasti depa boleh collect dan pajak kemudianya.


menurut cite, kalau ikut nafsu org putih, depa memang nak korek... emas sebanyak2nya diraub. tapi terpakse dihenti sebab, terlalu banyak terowong lombong telah dibina dibawah bandar raub. klu di teruskan lagi, bandar raub boleh runtuh. itu sebab lombong ditutup lepas meredeka. betul ke tidak, teman tak pasti. tapi gitulah citenya.
for info, emas la ni pun, masih dikorek diraub dan di penjom bandar lipis. tapi di raub dpt tentangan yg kuat dr penduduk kat sana. manakan tidak, mereka gune cyanide yg amat membahaya utk cuci emas. as usual, kjaan buat pot sj. macam ala-ala kes kat lynas. cume yg kat raub ni kureng publisiti.


Up to these days, org raub pahang memang pakar cari emas. my immidiate cousin pun, is one of the expertise. depa rajin masuk hutan pahang sebelah Maran melompong emas. yg cikai duit, bawa cangkul gali lubang dlm2. klu nasib tak baik, ade yg mati tertimbus. its no joke. memang berlaku.


yg ade sponser, bawa masuk genset dan pam air angkut dgn kederat badan kedlm hutan. you knowlah, pajero mana boleh masuk hutan. bila agak2 jumpe tempat sesuai, depa pun akan berkemah at least 1 minggu siap dgn bekalan. Bile ready, maka melomponglah depa guna pam pancut air ala teknik melombong timah kat ipoh. utk dpt segram emas, selori tanah digeledah belum tentu berjaya. and then, utk tapis emas, guna raksa. dia punya waste, kalau tak masuk sungai nak kemana lagi. Ingatkan style ini hanye ada kat brazil. kat sini pun same je. man does anything, hanye nak dptkan seculit emas.


Last but not least, ikut kate org tua-tua, asal nama bandar raub adalah drp perkataan rauk (korek dlm loghat lipis) iaitu korek emas.


hope, you all sedar sikit, jangan tak tau, org melayu adalah pelombong emas sejak zaman berzaman.


Viva Emas....

Sunday, April 15, 2012

Sindrom "Heiwa Boke" di Kalangan Reformis Melayu


Sindrom "Heiwa Boke" di Kalangan Reformis Melayu
                       
Ini yang teman paling takut.

Depa ni nak berubah atas alasan perlu berubah. Apa yang ada, semua perlu diubah. Hinggakan gerakan ABU boleh jadi slogan.

ABU?... ape saja asalkan bukan umno? Biar betol...

Apakah UMNO ni buruk sangat?.  takde satu pun yang depa buat tu baik?

Teman bukan sokong kerajaan 100%. tapi kalau dasar tu betul, kita perlu rasional.

Yang menjadi isu hari ini adalah perlaksanaan. kalau perlaksanaannya tidak betul kita perlu ubah.

TETAPI PERUBAHAN ITU BIARLAH BERPADA-PADA.

Jangan sekali-kali kita taksub semata-mata untuk berubah sehingga tidak sedar yang kita diperpecah-belahkan oleh tangan-tangan halus yang berniat jahat.

Apakah kita ingat keamanan yang datang hari ini datang dengan PERCUMA?.

Apakah kita ingat keselamatan yang dinikmati berada disekeliling kita yang membolehkan kita untuk bebas keluar untuk mencari rezeki dan sebagainya datang begitu sahaja.

Teguran ini bukanlah satu ugutan.

Kita perlu sedar, apabila kita kehilanagan akan keamanan, adalah tidak mudah untuk kita berpatah kembali.

Lihatlah apa yang berlaku dinegara islam lain. Iraq dan Libya boleh dijadikan contoh. Memang Saddam dan Ghadafi itu seorang yg tamak akan kekuasaan.  Tetapi setelah kehilangan mereka, LIHAT APA YANG TERJADI KEPADA KEDUA-DUA NEGARA TERSEBUT.

Kita boleh mendabit dada yang kita tidak serupa dengan mereka. TAPI apakah jaminannya.

Perubahan itu perlu. Tanpa perubahan, kita  akan menjadi bangsa yang MALAR.  Namun perubahan yang MEMPERTARUHKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN hendaklah dielakkan.

Seperti kata pepatah Jepun, diwaktu peperangan kita mengimpikan keamanan. Namun, bagi generasi yang tidak pernah menempuh kepayahan,  mereka tidak mengerti apa itu erti keamanan.

Itulah yang dinamakan "平和ボケ" dimana 平和ボケ itu adalah;

"誰かに守ってもらえるという思い込みです。
何かあったら政府やら警察やらがどうにかしてくれる。
誰かがどうにかしてくれる、と。
自分で自分の身を守る準備すらしていない。"

Golongan Heiwa Boke ini  merasakan keamanan itu adalah sesuatu yang sepatutnya. Mereka merasakan manusia itu sukakan kemanan. Tetapi hakikatnya itu hanyalah halusi semata-mata. Manusia adalah mahluk yang dijadikan tuhan suka akan konfrontasi. Kerana itulah alquran dan nabi diperturunkan.

Sekurang-kurangnya kita harus bersukur dengan keamanan yang kita kecapi hari ini. Kerana keamanan itulah kita tidak perlu bimbang untuk keluar mencari ilmu dan rezeki.

Yang patut diubah kita perlu UBAH, tetapi janganlah kita TAKSUB dengan perubahan dengan mengambil risiko sehingga kita kehilangan kesemua apa yang kita kecapi  hanya diatas kedaifan kita.

Wallahualam.


Thursday, April 12, 2012

Kenapa Song Jiang?

Kenapa Song Jiang?


My second son, angah adalah peminat Song Jiang. Song Jiang yang epiknya satu ketika dibuat dalam bentuk siri tv disiarkan secara bersiri di sebuah stesyen tv tempatan saban malam. Kemampuan Song Jiang meyakinkan penyamun dan penjenayah bersatu dibawah beliau adalah sebahagian daripada keseronakan cerita. Yang lebih menyeronokan apabila, penjenayah yang bertukar menjadi pahlawan ni mengatur strategi peperangan, memanupulasi dan seterusnya membunuh lawan tanpa belas kasihan dengan begitu bergaya sekali.


Pahlawan-pahlawan Song Jiang begitu patuh dengan Song Jiang. Sanggup bergadai nyawa untuk Song Jiang. Manakala aksi-aksi kunfu yang ditonjol oleh epik ini pula mampu meyakinkan akan kehebatan seni pertahanan masyakat Cina dengan pertarungan-pertarungan yang amat mengujakan.


Sejak menonton siri itu, my son, angah menjadi taksub dengan Song Jiang. Aku bukan saja seronok mendengar ulasannya, malah duduk sebakul berdiskusi mengenai strategi-strategi Song Jiang yang bakal disiarkan di episod berikutnya.


Memang seronok dan mengasyikan, sehinggalah pada satu hari aku melontarkan persoalan cepu emas ini kepadanya.  Angah ingat Song Jiang ini hebat,  tapi kalau angah kenal siapa itu Khalid Bin Al Walid, abah sure angah dah tak pandang Song Jiang lagi.


My son hanya merenung aku dgn dahi sikit berkerut. Aku memahami my son meminati karektor Song Jiang kerana melihat kehandalan mereka bertarung. Anak- anak lelaki memang sukakan filem-filem aksi. Dan dgn semua aksi ditambah dengan jalan cerita yang menarik sudah tentu Song Jiang adalah pahlawan yang ideal bagi angah. Tapi bagaimana pula dgn Khalid Bin Al Walid atau Salahudin Al Ayubi?


Alhamdullilah, jika penerbit Cina mampu menghasilkan epik Song Jiang yang mengujakan, kita sudah ada penerbit tempatan yang mampu menghasilkan animasi bertaraf dunia seperti Salahudin Al Ayubi dan juga penerbit yang menghasilkan buku sejarah panglima-panglima unggul Islam yang tidak kurang  hebatnya.


Terima kasih Mdec dan PTS. 


Melalui PTSlah aku dapat memperkenalkan kepada my son akan keunggulan panglima-panglima Islam tidak dalam bentuk catatan statik seperti dalam bukan teks sekolah yang menjemukan tetapi dalam bentuk novel yang penuh pengembaraan. 


Sejak diperkenalkan dgn novel pertamanya ini, my son sudah mempunyai hobi yang baru. Hobi mengumpul semua karangan keluaran PTS terutama karangan Sdr Abdul Latip Talip. Hobi barunya tidak terhenti setakat itu sahaja. 


Kalau dahulu bila dibawa ke perpustakaan, my son akan cuba mengelak tapi kini beliau bukan sahaja menjadi pemimjam buku aktif diperpustakaan awam di kawasan kami malah diperingkat sekolah beliau telah terpilih sebagai pengawas Pusat Sumber sekolahnya hanya kerana mahu memilih dan mendapatkan buku-buku terbaru kesukaannya awal dari pelajar lain.


Abah gembira melihat perubahan ini.





Friday, April 6, 2012

Siapa Song Jiang?

Song Jiang adalah bekas penjenayah, pernah menjadi seorang magistrate yang bertugas dibawah satu dinasti Cina purba. Song Jiang ditangkap atas tuduhan membunuh isterinya kerana perbuatan isteri curangnya yang mahu mendedahkan hubungan beliau dgn Chao Gai seorang ketua penjenayah yang pernah dibantu olehnya.


Episod hidup beliau seterusnya adalah beliau sendiri menjadi ketua penjenayah yang merompak golongan elit ala Robin Hood. Tetapi niat sebenar beliau adalah untuk mendapat pengampunan maharaja dengan cara menghapus pegawai-pegawai yang korupsi dan zalim.


Usaha beliau akhirnya mendapat pengiktirafan maharaja. Namun hasad dengki pegawai-pegawai telah memaksa beliau meminum racun diatas nama maharaja telah mengakibat kematianya walaupun beliau tahu niat mereka.


Song Jiang adalah HangTuah negara Cina Purba. Taat setia beliau kepada maharaja tidak berbelah bagi hingga dihari akhir kematianya beliau menjemput sahabat beliau yang paling rapat untuk minum arak beracun bersamanya tanpa memberi tahu sahabatnya akan isu kandungan arak tersebut.


Tujuan Song Jiang berbuat demikian adalah untuk mengelakan sahabat Jebatnya (Li Kui) dari membalas dendam keatas maharaja.


Maharaja kesal dengan kejadian itu, tetapi yang ironiknya, pelaku-pelaku tidak dipersalah atau dihukum selayaknya walaupun diketahui oleh maharaja.

Rupanya di negeri Cina pun ada Hang Tuah. 


Tetapi kenapa Song Jiang.