Tuesday, April 17, 2012

Misteri Pembukaan Kg Tulang Padang

Moyang kami adalah peneroka asal kampung Tulang Padang.  Masa kecik aku memang hairan dengan kedudukan kampung ini. Diantara kampung-kampung yang ada, kampung Tulang Padanglah kampung yang paling terpencil duduk jauh ditengah2 hutan. Pekan yang terhampir dengan kg ini ialah Pekan Benta iaitu sebuah pekan yang terletak diantara bandar Raub dan Kuala Lipis di Pahang.

Walaupun pekan Benta hanya 30Km dari kg, perjalanan untuk ke pekan ini mengambil masa 1 hari. Ini adalah masa yang diambil oleh org-org kg duhulu ketika kampung Tulang Padang masih belum mempunyai jalan. Pada waktu itu, pekan Benta merupakan nadi kpd penduduk kampung mendapatkan bekalan seharian selain drp menjual getah yang telah ditoreh.

Rajah-1 Kedudukan Kampung Tulang Padang.

Kehairanan aku ialah, kenapa moyang memilih kampung yang jauh didalam hutan untuk diterokai sedangkan masih banyak lagi tanah-tanah berhampiran bandar seperti Raub dan Kuala Lipis yang boleh dibuka.

Jika dahulu pembukaan kampung , berhampiran dgn sungai adalah kelebihan. Sungai bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk utk berulang-alik dan seterusnya berhubung dgn lain2 kampung tetapi sungai juga boleh menjadi sumber mendapatkan protin.

Kampung Tulang Padang bukan sahaja tiada sungai yang boleh dimudiki, kedudukanya yang dikelilingi oleh banjaran2 tinggi juga menyukarkan aku untuk memahami justifikasi penerokaannya oleh moyang-moyang aku.

Namun apabila ditanya asal usul moyang, sewaktu kecil arwah atok pernah mengatakan moyang-moyang kami adalah dari orang-orang istana yang melarikan diri. Sewaktu mendengar cerita arwah atok, aku menganggap hanya dongengan dan sukar untuk mempercayai orang2 istana tinggal didalam hutan dengan begitu daif sekali. Kerana itu aku tidak pernah bertanya kenapa mereka melarikan diri,.

Tambah arwah atok lagi, kumpulan keturunan kami yang ada di kampung Tulang Padang ini adalah pecahan kepada kumpulan yang berada di Tapah, Perak. Arwah atok datang kekampung kerana mengikuti arwah moyang berhijrah dari Tapah, Perak melewati Banjaran Titiwangsa dan berpecah di daerah Raub dan Lipis.


Misteri pembukaan kampung ini begitu lama tersemat didalam hati sehinggalah pada satu hari ketika aku melayari Google Earth barulah aku nampak akan justifikasinya dari segi logistik selain daripada cerita2 lama yang disampaikan oleh org2 tua melalui mulut ke mulut.


Rajah-2 Rajah disebelah adalah gambaran aku akan perjalanan moyang berhijrah mencari kehidupan baru yang berakhir di Kampung Tulang Padang.

Melalui google baru aku sedar, jarak Tanjung Malim dan Raub adalah adalah berhampiran. Moyang2 aku pada waktu itu mengunakan jalan-jalan darat melepasi banjaran Titi Wangsa. Menurut ibu ku, terlalu banyak barangan yang dibawa oleh moyang2 ketika itu dan oleh kerana kesukaran perjalanan, sebahagian besar barangan berharga ditanam dan tinggalkan dilaluan tersebut. Antaranya adalah pinggan mangkuk istana yang berlambangkan kelawar.

Ibu ku sendiri tidak pasti akan ketulinan cerita, tetapi jika ini benar mungkin boleh menarik perhatian hangat pencari dan peminat harta karun dan artifek lama.

Dengan kemajuan internet aku cuba menjejak asal usul keturunan keluarga. Maklumat yang aku perolehi setakat ini, besar kemungkinan moyang2 aku adalah dari keturunan Rawa yaitu satu etnik minoriti Melayu yang berasal dari kerajaan Pagar Ruyong.

Kumpulan etnik Melayu Rawa ini  telah berhijrah ketanah Melayu sejak zaman kerajaan Melaka tetapi paling ramai berhijah pada pertengahan sehingga hujung abad ke 19 akibat peperangan dengan kolonial Belanda ketika itu.

Kumpulan etnik Melayu Rawa banyak mendiami di daerah disekitar Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Jumplah etnik Rawa disemenanjung dikatakan berjumlah 250,000 orang dan masih terdapat 150,000 orang lagi ditempat asal mereka di Sumatera Barat.

Keyakinan aku mengenai salasilah keturunan aku daripada etnik Melayu Rao berdasarkan kepada beberapa adat-resam dikampung kami yang menyamai adat etnik tersebut diantaranya upacara memijak tanah untuk bayi. Namun demikian, banyaklagi kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui kesah sebenar.

Ini adalah kerana dialek yang digunakan oleh masyarakat kampung ini amat berbeza dgn dailek etnik Melayu Rao yang lebih mirip kepada etnik Minang. Menurut kajian, ini adalah sebabkan oleh faktor2 keselamatan diri dan keturunan mereka Sebagai contoh, org2 rawa didaerah Raub banyak yang tidak mengunakan bahasa asli Rawa tetapi guna bahasa orang Hulu Pahang.

Adalah difahamkan sudah 3 atau 4 generasi yang tidak mengunakan bahasa ini lagi. Ini disebabkan mereka tidak mahu dikenali sebagai org Rawa kerana rata2 mereka adalah pahlawan2 Rawa dari Perang Padri yg melarikan diri dari buruan. Contohnya spt keturunan Panglima Tegu dari Talu, Imam Perang Padang Matinggi/ Rajo Pasak, Panglima Sutan bin Jo Pogang, Panglima Alam, Imam Perang Jembang dll. Ini adalah bagi contoh orang-orang Rawa yang datang sekitar 1830an hingga 1840an.

Ada juga orang Rawa yg datang merantau kemudian dalam abad ke20. Kelompok ini lebih kpd merantau mencari penghidupan baru dan mencari pekerjaan. Kelompok inilah yg masih mengekalkan pertuturan asal mereka.

Berbalik kepada
kampung Tulang Padang, nama kampung ini menurut cerita orang tua-tua diambil dari sempena nama seorang asli yang bernama Badang terjatuh dari pokok tualang ketika mencari madu lebah.  Sejak itu kampung ini dikenali sebagai Tualang Badang tetapi nama tersebut berubah kepada Tulang Padang bermungkinan berkaitan sebutan oleh pendaftar ketika pendaftaran kampung dibuat ketika itu.


Wallualam.


 

No comments:

Post a Comment