Monday, September 20, 2010

Beraya Dirumah MB

Kenalan Jepun yang mengunjungi kami tempuh hari pulang ke negaranya pada Hari Raya ke 3.   Sempatlah beliau meraikannya bersama kami keluarga. Bersusah payah beliau membuat biskut apabila mengetahui raya dan biskut itu dah senonim. Dipendekkan cerita, beliau tidaklah pandai sangat buat biskut.  Semasa di KL, beliau telah singgah dikedai peralatan kek dan telah membeli bahan siap dengan resepinya. Kebetulan anak sulung walaupun lelaki berminat membuat biskut. Berkat usaha mereka maka biskut yang dibuat pun jadilah seperti resepi yang disediakan. Boleh tahan juga rasanya.  Kesempatan Raya di Ipoh telah kami gunakan untuk membawa beliau menziarahi rumah terbuka anjuran MB Perak, Dato Zamri di rumah resmi beliau sendiri. Memang membanggakan. Ramai yang hadir. Pelbagai golongan masyarakat dari pelbagai bangsa.


Ketika mula sampai cuba-cuba mengintai meja untuk santapan. Tentulah istimewa masakan di rumah MB.  Anak kedua dan ketiga tak lepas peluang berbaris untuk bersalam dengan VIP di pentas. Majlis dihoskan oleh pelawak terkenal tanahair, Mr OS.  Majlis memang meriah.


Namun intaian meja sikit menghampakan. Meja telah penuh dengan tetamu. Tak pelah, kita boleh duduk dikerusi hadapan pentas. Walaupun tiada meja, masih boleh merasa hidangan. Itulah fikiran di kepala. Namun kehampaan itu tidak terhenti setakat itu. Gerai yang menyediakan hidangan penuh sesak dengan tetamu yang berebut-rebut untuk mendapatkan makanan. Hilang selera makan.


Kami tak kesah sangat dengan situasi ini, tapi sikit segan dengan rakan Jepun tu. Menjadi lebih segan apabila melihat dua OKU berbangsa Cina yang menolak kerusi roda rakannya terpingga-pingga didalam situasi yang agak kelam-kabut. Tak tahulah samada mereka ni dapat menikmati juadah pada hari itu sebab saya memilih untuk pulang awal.


Apa pun syabas di ucapkan kepada YBhg Menteri Besar yang menganjurkan rumah terbuka. Pengujung dari pelbagai bangsa dan golongan yang berpusu-pusu mengunjungi rumah MB menunjukkan negara kita ini aman. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan masih utuh. Cuma kepada petugas dan pengurus majlis kenalah membuat planning yang baik dilain kali agar majlis lebih teratur.


Salam Dan Selamat Menyambut Aidil Fitri.  


No comments:

Post a Comment