Saturday, May 5, 2012

Kedai Runcit Orang Aceh

Dalam pada melayari blog, teman terjumpa aduan mengenai kehadiran peniaga runcit berbangasa Aceh yang tumbuh bagai cendawan di Kuala Lumpur. Menarik apabila diutarakan mengenai kehadiran mereka.

Teman memang telah menyedari lama mengenai ativiti mereka terutama di sekitar Chow Kit dan Kg Baru du Kuala Lumpur. Barangan yang dijual adalah pelbagai dan harga ditawarkan juga agak menarik.

Secara dasarnya teman tiada halangan untuk mereka membuka kedai runcit sebanyak mana yang mereka mahu asalkan pembukaan kedai-kedai ini mendapat kebenaran daripada penguasa tempatan.

Teman merasakan tidak perlu kita mengusari kehadiran mereka kerana tanpa kehadiran peniaga runcit Aceh ini pun, Malaysia sudahpun dibanjiri oleh hypermarket-hypermarket yang pemiliknya bukan rakyat Malaysia. Jika kita gusarkan peniaga Aceh mengunakan pekerja Indon dikedai-kedai mereka, apa bezanya dengan hypermarket-hypermarket yang terdapat diseluruh pelusok tanahair. Pekerja tempatan hanyalah sebahagian daripada keseluruhan pekerja asing.

Keuntungan yang diperolehi oleh hypermarket2 ini sudah semestinya akan dibawa pulang kenegara asal malah dengan kadar yang jauh lebih besar berbanding dengan peniaga2 Aceh. Malah lebih memburukkan keadaan, hypermarket2 ini bukan sahaja telah menyebabkan peniaga2 Melayu bumiputera dikawasan luarbandar ditutup kerana tidak dapat bersaing malaanh pengeluar2 barangan makanan kecilan setempat seperti pembuat kerepek, dodol dan sebagainya juga tidak dapat lagi memasarkan produk mereka kerana tidak mampu mengikuti piawai-piawai pelik yang dikenakan oleh hypermarket2 ini.

Dipendekan cerita, teman merasai kerajaan memang tidak berminat atau berniat untuk membantu golongan peniaga runcit bumiputera kerana mereka adalah golongan minoriti yang tidak memberi kesan dan pola undi kepada mereka berbanding dengan pembeli yang lebih ramai. Segala tindak tanduk kerajaan ketika ini adalah lebih untuk mendapat undi popular berbanding dengan tanggungjawab fardu kifayah didalam memastikan usahawan Melayu islam masih boleh terus bersaing dan membekalkan makanan halal. 

Sekurang-kurangnya dengan kehadiran peniaga Aceh beragama Islam, mereka  ada mengeluarkan zakat dan masih membeli produk IKS keluaran bumiputera kecilan yang yang amat memerlukan jaringan pemasaran berbanding dengan hypermarket2 multinasional yang sudah pasti tidak membayar zakat kerana terdapat barangan jualan yang tidak halal dijual oleh mereka.

Selagi kerajaan tidak berniat untuk melaksanakan tanggungjawab fardu kifayahnya, lupakan sahaja isu ini kerana hypermarket bukan muslim seperti Giant, Tesco, Econsave, Carrefour, KipMart, TJ Mart, S Mart, Jusco, dan sebagainya telah pun mendominasi pembekalan makanan yang menjadi darah daging kita.  Lupakan jugalah akan kehadiran supermarket bersaiz sederhana seperti Gedung Harian, KINI, dan banyak lagi yang mana semuanya ini adalah saigan tegar yang hampir mustahil untuk peniaga runcit bumiputera menyainginya.

Walaupun kehadiran Mydin dan KR1M sedikit sebanyak telah dapat mengubati, tetapi apabila memikirkan keuntungan perniagaan adalah dimonopoli oleh keluarga yang sama, kita rakyat marheam hanya gigit jari sahajalah.

Wallualam.


4 comments:

  1. betul ke brade cam tu,.awk sokong orang aceh ke?? bgus laa..

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya orang Melayu Malaysia harus berterima kasih kepada Melayu Acheh. Kerana Merekalah perniagaan-perniagaan orang Melayu masih lagi bertahan di Malaysia.
    Seandainya Melayu Acheh ini memiliki keistimewaan-keistimewaan seperti yg dimiliki oleh orang Melayu Malaysia, pasti perniagaan Cina tidak seleluasa dan dominant seperti sekarang. Kalau Hari Raya Cina saja, orang Melayu tak makan. Fikirlah!

    ReplyDelete
  3. Iri hati dengki hasut dan fitnah buang jauh2 acheh jua melayu.

    ReplyDelete
  4. Sory zeri putra irawan. Engkau berdarah jawa qe madura. Jwab je tak yah malu sebab indon benci dngan acheh mungkin engkau pun sma

    ReplyDelete