Sunday, June 23, 2013

Horey... Pesta Jerebu

Musim Jerebu seolah telah menjadi satu pesta tahunan wajib kepada Malaysia dan Singapura kini telah menjangkaui lebih dari 10 tahun walaupun telah wujud lama sebelum ini tetapi tidaklah semeriah ditahun-tahun kebelakangan.

Indonesia selaku tuan rumah, seolah-olah melepas tangan dan enggan meminta maaf kepada tetangganya. Menteri luarnya juga telah menemplak dengan sinis tuduhan Singapura.

Teman tidak hairan dengan kemarahan Indonesia yang sering dituduh tidak bertanggung-jawab kerana majoriti pemilik-pemilik kebun sawit di Indonesia dikatakan adalah milik syarikat Malaysia dan Singapura.

Wilmar International Ltd sebuah syarikat perladangan milik Singapura misalnya memiliki ladang seluas 500K hektar dengan 70% daripada ladangnya berada di Indonesia. Begitu juga dengan Golden Agri juga syarikat milik Singapura yang memiliki 650K hekter ladang. Saiz ladang milik Wilmar sahaja adalah 10 kali ganda dari keluasan Singapura. Bayangkan saiz yang sebegitu besar sudah tentu mereka juga harus dipertanggungjawabkan isu Jerebu ini. Begitu juga dengan syarikat-syarikat Malaysia yang banyak membuka ladang disana.

Inilah kesan pembangunan yang lebih mengutamakan keuntungan daripada keamanan sejagat. Teman tidak
nampak masalah jerebu akan selesai kerana ketamakan manusia. Masalah jerebu hanya selesai agaknya apabila tiada lagi hutan untuk diteroka dan dengan kadar penebangan ini jerebu dijangka akan berlanjutan 20 tahun lagi sehingga hutan-hutan ini pupus.

Horey...

kita semua boleh enjoy berpesta jerebu 20 tahun lagi....

No comments:

Post a Comment