Saturday, May 19, 2012

Boarding School Awam Bukan Lagi Untuk Anak Orang Susah

"En perasan tak saban tahun kuota pelajar Boarding School tidak pernah penuh hanya dengan 1 Intake.", tanya seorang sahabat ketika berbual mengenai persekolahan anak.

"Ini tentu disebabkan oleh pelajar menolak tawaran kerana mahu bermanja dan tinggal dengan mak bapak. Maklumlah, kemudahan yang ada dirumah tidak dapat ditandingi oleh kehidupan asrama yang ketat", jawab teman.

"En Silap. Memang ada pelajar yang sedemikian tapi majoriti yang menolak adalah mereka dari golongan kurang berada menolak didalam keadaan terpaksa akibat tidak berkemampuan menyediakan persiapan pendaftaran persekolahan yang mencecah ribuan ringgit. Apabila golongan ini menolak, tempat kosong ini akan diisi oleh mereka yang berada terutama dari anak penjawat awam atau anak dari elit politik." jelas beliau sambil merenung mata teman.

Terserentak teman dengan penjelasannya itu.

Matlamat boarding school adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif terutama kepada pelajar dari keluarga kurang berada. Namun apa yang teman lihat dari mata kasar teman ada kebenaran kata sahabat teman ini. Dihari pendaftaran anak teman sendiri, kalau takda seribu tunai didalam poket, tak terdaftar anak pada hari pendaftaran itu. Dan lagi apabila ditoleh sekeliling sekolah, kereta-kereta yang parkir  banyak yang berjenama dan jika pemiliknya tidak berpendapatan tinggi adalah mustahil untuk memilikinya.

"Kalau benar pengambilan pelajar ke boarding school ini adalah untuk pelajar kurang berkemampuan, kenapa disertakan sekali penyata bayaran yang mana apabila dikira dan dicongkak sudah tentu menggerunkan kepada mereka dari keluarga yang kurang berada untuk pergi mendaftar anak mereka. Apatah lagi untuk menyekolahkanya disana", tambah sahabat teman.

Teman terdiam tetapi tidak mahu membuat andaian mengenai perkara ini kerana tidak tahu akan kebenaranya. Tetapi, jika ia  benar, ini adalah serius dan bermaksud kita telah menzalimi hak mereka yang berhak. Teman berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian.

Secara jujurnya, teman pun melihat ketika ini ada yang menghantar anak keboarding school bukanlah setakat untuk melihat anak berjaya tetapi terdapat golongan ibubapa yang menjadikanya sebagai status untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan mereka mendidik anak kepada masyarakat walahal mereka tidak perlu berbuat demikian kerana mereka sememangnya mampu menyediadakan pendidikan yang lebih baik dirumah mereka.

Wallahualam.




No comments:

Post a Comment