Wednesday, May 9, 2012

Dah Kena Belanja Ucaplah Terima-Kasih

'Warikan' adalah perkataan yang sering diguna oleh orang Jepun sebelum masuk kedai makan beramai-ramai.

Tapi apa itu 'warikan'.

Dalam bahasa Melayunya, "Sendiri Makan Sendiri Bayar". 

Nampak kasar bunyinya, dasar bangsa kedekut. Tapi apa kurangnya dengan kita. Sekali sekala bolehlah. Tapi kalau kerap, lain pulak jadinya.

Dalam pada waktu yang sama, banyak juga masa yang kita di"belanjakan". Teman mengalaminya dan begitu juga agaknya dengan tuan-tuan kerana sebagai manusia yang hidup bersosial, makan bersama boleh merapatkan perhubungan.  Dalam kes teman, teman sering dibelanja makan terutama sekali oleh senior dan boss sewaktu berkhidmat disebuah firma di Jepun. Diwaktu itu, makan  free memang menyeronokan. Sekarang pun sama juga. Tapi bila dibelanja free diwaktu itu, ada syaratnya. 

Pertama. Adalah pantang untuk makan sebelum boss makan. Kalau nak makan dulu, mesti minta izin dengan boss. Bila dia kata okey, baru makan.Syarat ini juga, sama walau pun di 'warikan'. Kena respek orang tua.

Kedua. Mesti ucap 'itadakimasu' sebelum makan. Kemudian mesti ucap "gochisousama" selepas makan. 'Itadakimasu' dalam bahasa Melayunya "Bismillah" kot. Manakala 'gochisousama' pula adalah 'alhamdullilah' kot. Perkataan kot digunakan sebab tiada terjemahan tepat dalam bahasa Melayu dan untuk makluman dua perkataan ini tiada kena mengena dengan kepercayaan agama mereka.

Ketiga. Walaupun tak sedap, mesti puji makanan yang dibelanja.

Terakhir iaitu ke Empat. Mesti ucap terima-kasih dengan suara yang jelas kepada mereka yang belanja kita.   

Wah... Banyaknya protokol. Tapi itulah protokol yang teman terpaksa ikut semasa bertugas di firma tersebut. Dalam berhati-hati pun, teman selalu juga kena tegur dengan boss dalam bab ini.

Teman bersyukur, budaya yang baik ini teman terbawa-bawa bila pulang ke Malaysia. Disini teman selalu dibelanja dan membelanjakan. Budaya ini juga tidak asing di Malaysia kerana ia adalah sebahagian daripada adab budaya kita juga.

Cuma setelah sekian lama di Malaysia, baru teman terperasan, protokol Satu dan Dua secara amnya tiada masalah tapi tidak dengan protokol terutamanya yang ke Empat yaitu ramai yang tak pandai ucap terima-kasih bila kena belanja.  Begitu juga dengan protokol Tiga. Jarang mendengar orang kita memuji makanan.

Kenapa ye.... 



No comments:

Post a Comment