Moyang kami adalah peneroka asal kampung Tulang Padang. Masa kecik aku memang hairan dengan kedudukan kampung ini. Diantara kampung-kampung yang ada, kampung Tulang Padanglah kampung yang paling terpencil duduk jauh ditengah2 hutan. Pekan yang terhampir dengan kg ini ialah Pekan Benta iaitu sebuah pekan yang terletak diantara bandar Raub dan Kuala Lipis di Pahang.
Walaupun pekan Benta hanya 30Km dari kg, perjalanan untuk ke pekan ini mengambil masa 1 hari. Ini adalah masa yang diambil oleh org-org kg duhulu ketika kampung Tulang Padang masih belum mempunyai jalan. Pada waktu itu, pekan Benta merupakan nadi kpd penduduk kampung mendapatkan bekalan seharian selain drp menjual getah yang telah ditoreh.
Rajah-1 Kedudukan Kampung Tulang Padang.
Kehairanan aku ialah, kenapa moyang memilih kampung yang jauh didalam hutan untuk diterokai sedangkan masih banyak lagi tanah-tanah berhampiran bandar seperti Raub dan Kuala Lipis yang boleh dibuka.
Jika dahulu pembukaan kampung , berhampiran dgn sungai adalah kelebihan. Sungai bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk utk berulang-alik dan seterusnya berhubung dgn lain2 kampung tetapi sungai juga boleh menjadi sumber mendapatkan protin.
Kampung Tulang Padang bukan sahaja tiada sungai yang boleh dimudiki, kedudukanya yang dikelilingi oleh banjaran2 tinggi juga menyukarkan aku untuk memahami justifikasi penerokaannya oleh moyang-moyang aku.
Namun
apabila ditanya asal usul moyang, sewaktu kecil arwah atok pernah mengatakan
moyang-moyang kami adalah dari orang-orang istana yang melarikan diri.
Sewaktu mendengar cerita arwah atok, aku menganggap hanya dongengan dan
sukar untuk mempercayai orang2 istana tinggal didalam hutan dengan
begitu daif sekali. Kerana
itu aku tidak pernah bertanya kenapa mereka melarikan diri,.
Tambah arwah atok lagi, kumpulan keturunan kami yang ada di kampung Tulang Padang ini adalah pecahan kepada kumpulan yang berada di Tapah, Perak. Arwah atok datang kekampung kerana mengikuti arwah moyang berhijrah dari Tapah, Perak melewati Banjaran Titiwangsa dan berpecah di
daerah Raub dan Lipis.
Misteri pembukaan kampung ini begitu lama tersemat didalam hati sehinggalah pada satu hari ketika aku melayari Google Earth barulah aku nampak akan justifikasinya dari segi logistik selain daripada cerita2 lama yang disampaikan oleh org2 tua melalui mulut ke mulut.
Rajah-2 Rajah disebelah adalah gambaran aku akan perjalanan moyang berhijrah mencari kehidupan baru yang berakhir di Kampung Tulang Padang.
Melalui google baru aku sedar, jarak Tanjung Malim dan Raub adalah adalah berhampiran. Moyang2 aku pada waktu itu mengunakan jalan-jalan darat melepasi banjaran Titi Wangsa. Menurut ibu ku, terlalu banyak barangan yang dibawa oleh moyang2 ketika itu dan oleh kerana kesukaran perjalanan, sebahagian besar barangan berharga ditanam dan tinggalkan dilaluan tersebut. Antaranya adalah pinggan mangkuk istana yang berlambangkan kelawar.
Ibu ku sendiri tidak pasti akan ketulinan cerita, tetapi jika ini benar mungkin boleh menarik perhatian hangat pencari dan peminat harta karun dan artifek lama.
Dengan kemajuan internet aku cuba menjejak asal usul keturunan keluarga. Maklumat yang aku perolehi setakat ini, besar kemungkinan moyang2 aku adalah dari keturunan Rawa yaitu satu etnik minoriti Melayu yang berasal dari kerajaan Pagar Ruyong.
Kumpulan etnik Melayu Rawa ini telah berhijrah ketanah Melayu sejak zaman kerajaan Melaka tetapi paling ramai berhijah pada pertengahan sehingga hujung abad ke 19 akibat peperangan dengan kolonial Belanda ketika itu.
Kumpulan etnik Melayu Rawa banyak mendiami di daerah disekitar Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Jumplah etnik Rawa disemenanjung dikatakan berjumlah 250,000 orang dan masih terdapat 150,000 orang lagi ditempat asal mereka di Sumatera Barat.
Keyakinan aku mengenai salasilah keturunan aku daripada etnik Melayu Rao berdasarkan kepada beberapa adat-resam dikampung kami yang menyamai adat etnik tersebut diantaranya upacara memijak tanah untuk bayi. Namun demikian, banyaklagi kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui kesah sebenar.
Ini adalah kerana dialek yang digunakan oleh masyarakat kampung ini amat berbeza dgn dailek etnik Melayu Rao yang lebih mirip kepada etnik Minang. Menurut kajian, ini adalah sebabkan oleh faktor2 keselamatan diri dan keturunan mereka Sebagai contoh, org2 rawa didaerah Raub banyak yang tidak mengunakan bahasa asli Rawa tetapi guna bahasa orang Hulu Pahang.
Adalah difahamkan sudah 3 atau 4 generasi yang tidak mengunakan bahasa ini lagi. Ini disebabkan mereka tidak mahu dikenali sebagai org Rawa kerana rata2 mereka adalah pahlawan2 Rawa dari Perang Padri yg melarikan diri dari buruan. Contohnya spt keturunan Panglima Tegu dari Talu, Imam Perang Padang Matinggi/ Rajo Pasak, Panglima Sutan bin Jo Pogang, Panglima Alam, Imam Perang Jembang dll. Ini adalah bagi contoh orang-orang Rawa yang datang sekitar 1830an hingga 1840an.
Ada juga orang Rawa yg datang merantau kemudian dalam abad ke20. Kelompok ini lebih kpd merantau mencari penghidupan baru dan mencari pekerjaan. Kelompok inilah yg masih mengekalkan pertuturan asal mereka.
Berbalik kepada kampung Tulang Padang, nama kampung ini menurut cerita orang tua-tua diambil dari sempena nama seorang asli yang bernama Badang terjatuh dari pokok tualang ketika mencari madu lebah. Sejak itu kampung ini dikenali sebagai Tualang Badang tetapi nama tersebut berubah kepada Tulang Padang bermungkinan berkaitan sebutan oleh pendaftar ketika pendaftaran kampung dibuat ketika itu.
Wallualam.
Tuesday, April 17, 2012
Monday, April 16, 2012
Dera Anak Untuk Hukum Bapak
Ramai ibu bapa beranggapan adalah memadai menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak kepada guru dan sekolah, sedangkan mereka tidak sedar akan kesannya. Anak2 yg diabaikan disekolah akan tertekan dan malu apabila sering berasa keseorangan tanpa sokongan keluarga.
Menurut kajian adalah dianggarkan terdapat banyak keluarga berdepan konflik ini hingga akhirnya pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan drastik.
Tindakan drastik yang digunakan oleh pihak sekolah dan guru adalah menggunakan pendekatan alternatif iaitu 'mendera' ibu bapa dengan menghukum anak-anak mereka dengan harapan cara ini akan membuka ruang perbincangan.
Bagaimanapun, ia masih gagal apabila ibu bapa menyalahkan sekolah dan guru atas tindakan itu sehingga konflik bertambah buruk dengan serangan balas antara satu sama lain.
Bagi mengelakan perkara ini berterusan ibubapa perlulah proaktif turut serta didalam pembelajaran anak-anak mereka. Kaedah efektif yang disarankan boleh dilakukan ibu bapa untuk menunjukkan komitmen terhadap anak, guru dan sekolah ialah;
Menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan.
Menyertai komuniti ibu bapa - guru di sekolah
Sentiasa bersama mengambil bahagian bersama anak di rumah.
Sentiasa berhubung dengan sekolah dan guru
Selamat Berjaya.
Pelombong Emas
just nak kongsi cite,
Kg family sebelah bapak teman banyak di Raub kat Pahang. Raub kaye dgn emas. menurut arwah nenek, zaman dulu2, kalau cabut pokok paku, ade emas kat umbutnye. begitulah banyaknye emas kat Raub. emas kat bandar raub memang dikorek dgn banyak sebelum merdeka. ramai sdr mara teman yg keje kat situ. menurut arwah pak sdr, checking kuar masuk pekerja oleh sytemas memang ketat. maklumlah takut emas dicuri keluar. so, ade antara pekerja bawa pisang untuk lunch. depa masukan emas dlm pisang dan telan waktu lunch. telan ikut belakang ka, ikut depan ka, gua tak pasti. yg pasti depa boleh collect dan pajak kemudianya.
menurut cite, kalau ikut nafsu org putih, depa memang nak korek... emas sebanyak2nya diraub. tapi terpakse dihenti sebab, terlalu banyak terowong lombong telah dibina dibawah bandar raub. klu di teruskan lagi, bandar raub boleh runtuh. itu sebab lombong ditutup lepas meredeka. betul ke tidak, teman tak pasti. tapi gitulah citenya.
for info, emas la ni pun, masih dikorek diraub dan di penjom bandar lipis. tapi di raub dpt tentangan yg kuat dr penduduk kat sana. manakan tidak, mereka gune cyanide yg amat membahaya utk cuci emas. as usual, kjaan buat pot sj. macam ala-ala kes kat lynas. cume yg kat raub ni kureng publisiti.
Up to these days, org raub pahang memang pakar cari emas. my immidiate cousin pun, is one of the expertise. depa rajin masuk hutan pahang sebelah Maran melompong emas. yg cikai duit, bawa cangkul gali lubang dlm2. klu nasib tak baik, ade yg mati tertimbus. its no joke. memang berlaku.
yg ade sponser, bawa masuk genset dan pam air angkut dgn kederat badan kedlm hutan. you knowlah, pajero mana boleh masuk hutan. bila agak2 jumpe tempat sesuai, depa pun akan berkemah at least 1 minggu siap dgn bekalan. Bile ready, maka melomponglah depa guna pam pancut air ala teknik melombong timah kat ipoh. utk dpt segram emas, selori tanah digeledah belum tentu berjaya. and then, utk tapis emas, guna raksa. dia punya waste, kalau tak masuk sungai nak kemana lagi. Ingatkan style ini hanye ada kat brazil. kat sini pun same je. man does anything, hanye nak dptkan seculit emas.
Last but not least, ikut kate org tua-tua, asal nama bandar raub adalah drp perkataan rauk (korek dlm loghat lipis) iaitu korek emas.
hope, you all sedar sikit, jangan tak tau, org melayu adalah pelombong emas sejak zaman berzaman.
Viva Emas....
Sunday, April 15, 2012
Sindrom "Heiwa Boke" di Kalangan Reformis Melayu
Sindrom
"Heiwa Boke" di Kalangan Reformis Melayu
Ini yang
teman paling takut.
Depa ni
nak berubah atas alasan perlu berubah. Apa yang ada, semua perlu diubah.
Hinggakan gerakan ABU boleh jadi slogan.
ABU?...
ape saja asalkan bukan umno? Biar betol...
Apakah
UMNO ni buruk sangat?. takde satu pun
yang depa buat tu baik?
Teman
bukan sokong kerajaan 100%. tapi kalau dasar tu betul, kita perlu rasional.
Yang
menjadi isu hari ini adalah perlaksanaan. kalau perlaksanaannya tidak betul
kita perlu ubah.
TETAPI
PERUBAHAN ITU BIARLAH BERPADA-PADA.
Jangan
sekali-kali kita taksub semata-mata untuk berubah sehingga tidak sedar yang
kita diperpecah-belahkan oleh tangan-tangan halus yang berniat jahat.
Apakah kita
ingat keamanan yang datang hari ini datang dengan PERCUMA?.
Apakah
kita ingat keselamatan yang dinikmati berada disekeliling kita yang membolehkan
kita untuk bebas keluar untuk mencari rezeki dan sebagainya datang begitu
sahaja.
Teguran
ini bukanlah satu ugutan.
Kita
perlu sedar, apabila kita kehilanagan akan keamanan, adalah tidak mudah untuk
kita berpatah kembali.
Lihatlah
apa yang berlaku dinegara islam lain. Iraq dan Libya boleh dijadikan contoh.
Memang Saddam dan Ghadafi itu seorang yg tamak akan kekuasaan. Tetapi setelah kehilangan mereka, LIHAT APA
YANG TERJADI KEPADA KEDUA-DUA NEGARA TERSEBUT.
Kita
boleh mendabit dada yang kita tidak serupa dengan mereka. TAPI apakah
jaminannya.
Perubahan
itu perlu. Tanpa perubahan, kita akan
menjadi bangsa yang MALAR. Namun
perubahan yang MEMPERTARUHKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN hendaklah dielakkan.
Seperti
kata pepatah Jepun, diwaktu peperangan kita mengimpikan keamanan. Namun, bagi
generasi yang tidak pernah menempuh kepayahan,
mereka tidak mengerti apa itu erti keamanan.
Itulah
yang dinamakan "平和ボケ" dimana 平和ボケ itu
adalah;
"誰かに守ってもらえるという思い込みです。
何かあったら政府やら警察やらがどうにかしてくれる。
誰かがどうにかしてくれる、と。
自分で自分の身を守る準備すらしていない。"
Golongan Heiwa
Boke ini merasakan keamanan itu adalah
sesuatu yang sepatutnya. Mereka merasakan manusia itu sukakan kemanan. Tetapi
hakikatnya itu hanyalah halusi semata-mata. Manusia adalah mahluk yang
dijadikan tuhan suka akan konfrontasi. Kerana itulah alquran dan nabi
diperturunkan.
Sekurang-kurangnya
kita harus bersukur dengan keamanan yang kita kecapi hari ini. Kerana keamanan
itulah kita tidak perlu bimbang untuk keluar mencari ilmu dan rezeki.
Yang patut
diubah kita perlu UBAH, tetapi janganlah kita TAKSUB dengan perubahan dengan
mengambil risiko sehingga kita kehilangan kesemua apa yang kita kecapi hanya diatas kedaifan kita.
Wallahualam.
Thursday, April 12, 2012
Kenapa Song Jiang?
Kenapa Song Jiang?
My second son, angah adalah peminat Song Jiang. Song Jiang yang epiknya satu ketika dibuat dalam bentuk siri tv disiarkan secara bersiri di sebuah stesyen tv tempatan saban malam. Kemampuan Song Jiang meyakinkan penyamun dan penjenayah bersatu dibawah beliau adalah sebahagian daripada keseronakan cerita. Yang lebih menyeronokan apabila, penjenayah yang bertukar menjadi pahlawan ni mengatur strategi peperangan, memanupulasi dan seterusnya membunuh lawan tanpa belas kasihan dengan begitu bergaya sekali.
Pahlawan-pahlawan Song Jiang begitu patuh dengan Song Jiang. Sanggup bergadai nyawa untuk Song Jiang. Manakala aksi-aksi kunfu yang ditonjol oleh epik ini pula mampu meyakinkan akan kehebatan seni pertahanan masyakat Cina dengan pertarungan-pertarungan yang amat mengujakan.
Sejak menonton siri itu, my son, angah menjadi taksub dengan Song Jiang. Aku bukan saja seronok mendengar ulasannya, malah duduk sebakul berdiskusi mengenai strategi-strategi Song Jiang yang bakal disiarkan di episod berikutnya.
Memang seronok dan mengasyikan, sehinggalah pada satu hari aku melontarkan persoalan cepu emas ini kepadanya. Angah ingat Song Jiang ini hebat, tapi kalau angah kenal siapa itu Khalid Bin Al Walid, abah sure angah dah tak pandang Song Jiang lagi.
My son hanya merenung aku dgn dahi sikit berkerut. Aku memahami my son meminati karektor Song Jiang kerana melihat kehandalan mereka bertarung. Anak- anak lelaki memang sukakan filem-filem aksi. Dan dgn semua aksi ditambah dengan jalan cerita yang menarik sudah tentu Song Jiang adalah pahlawan yang ideal bagi angah. Tapi bagaimana pula dgn Khalid Bin Al Walid atau Salahudin Al Ayubi?
Alhamdullilah, jika penerbit Cina mampu menghasilkan epik Song Jiang yang mengujakan, kita sudah ada penerbit tempatan yang mampu menghasilkan animasi bertaraf dunia seperti Salahudin Al Ayubi dan juga penerbit yang menghasilkan buku sejarah panglima-panglima unggul Islam yang tidak kurang hebatnya.
Terima kasih Mdec dan PTS.
Melalui PTSlah aku dapat memperkenalkan kepada my son akan keunggulan panglima-panglima Islam tidak dalam bentuk catatan statik seperti dalam bukan teks sekolah yang menjemukan tetapi dalam bentuk novel yang penuh pengembaraan.
Sejak diperkenalkan dgn novel pertamanya ini, my son sudah mempunyai hobi yang baru. Hobi mengumpul semua karangan keluaran PTS terutama karangan Sdr Abdul Latip Talip. Hobi barunya tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kalau dahulu bila dibawa ke perpustakaan, my son akan cuba mengelak tapi kini beliau bukan sahaja menjadi pemimjam buku aktif diperpustakaan awam di kawasan kami malah diperingkat sekolah beliau telah terpilih sebagai pengawas Pusat Sumber sekolahnya hanya kerana mahu memilih dan mendapatkan buku-buku terbaru kesukaannya awal dari pelajar lain.
Abah gembira melihat perubahan ini.

Friday, April 6, 2012
Siapa Song Jiang?
Song Jiang adalah bekas penjenayah, pernah menjadi seorang magistrate yang bertugas dibawah satu dinasti Cina purba. Song Jiang ditangkap atas tuduhan membunuh isterinya kerana perbuatan isteri curangnya yang mahu mendedahkan hubungan beliau dgn Chao Gai seorang ketua penjenayah yang pernah dibantu olehnya.
Episod hidup beliau seterusnya adalah beliau sendiri menjadi ketua penjenayah yang merompak golongan elit ala Robin Hood. Tetapi niat sebenar beliau adalah untuk mendapat pengampunan maharaja dengan cara menghapus pegawai-pegawai yang korupsi dan zalim.
Usaha beliau akhirnya mendapat pengiktirafan maharaja. Namun hasad dengki pegawai-pegawai telah memaksa beliau meminum racun diatas nama maharaja telah mengakibat kematianya walaupun beliau tahu niat mereka.
Song Jiang adalah HangTuah negara Cina Purba. Taat setia beliau kepada maharaja tidak berbelah bagi hingga dihari akhir kematianya beliau menjemput sahabat beliau yang paling rapat untuk minum arak beracun bersamanya tanpa memberi tahu sahabatnya akan isu kandungan arak tersebut.
Tujuan Song Jiang berbuat demikian adalah untuk mengelakan sahabat Jebatnya (Li Kui) dari membalas dendam keatas maharaja.
Maharaja kesal dengan kejadian itu, tetapi yang ironiknya, pelaku-pelaku tidak dipersalah atau dihukum selayaknya walaupun diketahui oleh maharaja.

Rupanya di negeri Cina pun ada Hang Tuah.
Tetapi kenapa Song Jiang.
Tetapi kenapa Song Jiang.
Vampire
My youngest son in nak kata ulat novel, tak juga. Apa yang aku nampak, dia dok main dengan game boy dia sampai lupa mandi, lupa makan. Kadang2 bila tak tahan, aku berleter jugak. Aku pesan dia, mana ada orang handsome dalam dunia yang tak mandi.
Malulah.
One thing I notice about my son is his capability writing English words in short sentences and with the combination of the sentences he create stories.
Aku tak pernah pun ajar dia English dan lagi my English vocabulary pun limited.
So, in order for him to write, he always ask me to use my PC. Guna tangan, ilham tak sampai katanya. And on these process, he manage to complete 2 volume of short stories with more than 100 pages.
And all of his stories is about Vampire, an English folk ghost stories.
Vampire pun Vampirelah.
Janji cool.
An thinking that he just eleventh when he wrote his first stories, its truely amazed me.
I greatly feel he has all the talent to be a writer.
Apa yang diperlukan dia hanya perlu teruskan minatnya. Abah akan sentiasa menyokong mu.
Ganbare ( Maju Ayoh Maju ) Amee.
Dari Abah

Subscribe to:
Posts (Atom)