Friday, April 6, 2012

Lawatan Ke Jepun

Dibawah kementerian luar Jepun, satu program yang di namakan Jenesys telah diperkenalkan dimana dialam program ini, remaja dan belia Malaysia dihantar melawat sambil belajar selama 10 hari ke negara matahari terbit ini.

Tujuan program adalah untuk merapatkan hubungan dua hala diantara kedua-dua rakyat melalui penghantaran belia.

My eldest son, Syafiq telah terpilih untuk program ini.

Pemilihan beliau memang dicemburui oleh adik2nya lain. Tapi syarat program yang mana peserta harus berumur 16 tahun ++, mereka terpaksa akur. Mungkin bukan rezeki mereka kali ini.

According to my son, peserta seramai 40 orang (termasuk 4 pengiring) telah dibawa melawat ke Miyagi, kawasan yang paling teruk di landa tsunami. Miyagi adalah sebuah perkampungan yang terletak 200km di utara Tokyo, ibu negara Jepun.

As we know, Jepun adalah negara yang dikelilingi oleh gunung berapi. Satu letusan jika berlaku dan jika tidak ditangani dengan betul, kesan selepas malapetaka amatlah dashyat. Jepun juga adalah negara yang bergunung ganang dengan penduduk banyak tertumpu dipinggiran pantai.

Tsunami yang melanda adalah malapetaka selepas letusan gempa. Tetapi malapetaka yang lebih besar adalah kealpaan manusia yang memandang rendah akan skala kemusnahan yang akan tiba.

Inilah yang terjadi di Miyagi. Dihari kejadian, pihak berkuasa telah mengistiharkan bahaya tahap tinggi dan mengarahkan penduduk berpindah kekawasan selamat. Akibat sering menerima arahan sedemikian dan tanpa masalah sebelum ini, penduduk menjadi alpha dan kembali ke kawasan masing-masing walaupun arahan berpindah belum ditarik. Kealpaan dalam mematuhi arahan ini adalah malapetaka sebenar di Miyagi.

Pegawai petugas tempatan yang melihat akan kealpaan ini, dgn pembesar suara ditangan turun kejalanan-jalan mengesa penduduk pindah semula ke kawasan tinggi. Tetapi usaha ini sudah terlambat dan sia-sia, kerana tsunami telah pun sampai ke perkampungan Miyagi yang terletak hingga sejauh 1 km daripada laut yang disangkakan mustahil untuknya sampai.

Petugas-petugas yang bergadai nyawa dan tahu akan menemui maut jika terus berada dikawasan tersebut, kini adalah wira rakyat Jepun. Jasa dan keberanian mereka akan menjadi ingatan dan lagenda.

Teknologi canggih semana sekali pun, jika tidak dihargai tidak ada gunanya.

Adalah diharap rakyat Jepun bersabar didalam menghadapi dugaan ini, dan kemampuan mereka membangunkan semula wilayah ini amat mengkagumkan.

Namun, untuk Miyagi kembali seperti dahulu hanyalah sejarah.

Golongan muda yang keluar merantau tidak nampak kelebihan untuk pulang kerana peluang kerjaya yang terhad. Golongan tua pula diusia yang semakin meningkat sudah tidak produktif dan ini adalah dilema kerajaan Jepun akan keperluan untuk membangunkan kembali perkampungan yang telah musnah itu secara besar-besaran.

Kita yang tinggal di Malaysia amat bersyukur kerana ditakdirkan sebagai sebuah negara yang bebas dari malapetaka besar semulajadi.

Dengan lawatan ini, diharap my son lebih appreciate dengan apa yang kita ada dan belajar dari pengalaman orang Jepun disana.


Dari Abah

ps, Thanks Aleps, kerana beri peluang.

No comments:

Post a Comment